PAP !!
Di lempar File itu di hadapan staff MEGA HOLDINGS.
“don’t you guys think that this proposal is really obvious to take over our company?” soal Hazri sinis. Suryati sengih.
“rasa tercabar? Atau tak berani….?” Soal Suryati. Panas hati sebenarnya di perlekehkan begitu.
“rasa tercabar atau tidak berani..tiada ada kaitan dengan anda..maaf sampai sini saja kerjasama kita…syarikat anda akan di blacklist kan !” ujar Hazri sambil melangkah pergi. Di ikuti dengan Syazana .
‘Today is the last time..kau dapat lihat Yayasan HAZCAX , lepas tu…good bye…’ ujar Suryati senyum sinis.
“Tuan..mereka macam lebih fokuskan kepada yayasan Hazcax, macam mereka berminat.” Ujar Syazana. Sambil melangkah laju ke tempat parking kereta.
“yes…totally obvious. Dari awal lagi saya rasa ada yang tak kena dengan MEGA HOLDINGS ni..”
“Tuan….” Panggil Syazana , langkah mereka berdua mati.
Hazri memandang Syazana.
“saya bimbang Yayasan Hazcax” wajah Hazri bertukar gusar.
Mereka berjalan semula, dan masuk ke dalam kereta.
“apa yang awk dapat dari research tentang MEGA HOLDINGS…”
Syazana diam sejenak.
“mereka bukan syarikat yang baik tuan, ada beberapa syarikat yang telah menjalankan kerja sama dengan
MEGA HOLDINGS, sebulan selepas itu..semuanya bankcrupt tapi..mereka..masih gagah berdiri, malam
semakin mantap tuan.”
“macam ada konspirasi.”
“memang…akaun bank syarikat SUFIAH enterprise pernah di hack , namun di banteras segera. Tapi terlambat…wang syarikat smua telah di gelapkan..dan kilang makanan mereka..DIBAKAR…tuan…”
Tangan Hazri mengetuk stering kereta.
“we have to beware …YDI…”
“Zana..hantar orang untuk pantau setiap hari.. hantar perisik untuk memerhati orang2 curiga di sekitar YDI…”
“baik tuan..”
-----------
“macam mana dengan MEGA HOLDINGS?” soal Dato’ Hazman di meja makan.
“papa dengar hari ni kamu ada meeting…”
“reject papa..”
“what /??!!” Dato Hazman terkejut.
Hani dan Datin Waheda tersedak.
“bang…kot ye pun..jangan la masa makan…”
“apa jadi Ayie”
“pa..ma..Hani…ayie rasa….YDI dalam bahaya….”
Masing-masing saling memandang.
………………
Setelah usai beberapa meeting dengan VVIP Hazcax Holding, mesyurat tergempar setiap unit pun bermula. Penguat kuasaan akaun simpanan utama syarikat dan keselamatan banggunan Hazcx Holding. Di minta smua pekerja beware antara satu sama lain sebab takut MEGA HOLDINGS guna orang dalam. Kalau ada yang terlihat rakan sekerjanya curiga semacam terus laporkan kepada PIC yang telah di lantik. Semuanya sudah di rancang, ini baru Hazcax Holdings belum lagi YDI.
Seluruh anak syarikat di setiap cawangan dalam dan luar Negara telah di alertkan dengan keadaan ini. Kawalan Hazcax Holdings makin ketat. Stiap data dan document di kunci, dan kunci itu hanya orang tertentu sahaja tahu. Semuanya telah jadi rahsia, bahkan di kalangan pekerja syarikat itu sendiri. Kita tidak
tahu sekiranya MEGA HOLDINGS menggunakan orang dalam.
Akhir sekali baru berkaitan dengan YDI,
Fazura di kejutkan dengan berita yang tidak berapa senang ini, turut sama bekerja Hani , Asyraf dan Zana melindungi YDI.
Fazura duduk sendirian di dapur malam itu. Anak-anak yang lain barangkali sudah tidur. Tiba-tiba Ammar muncul.
“kakak..tak tidur lagi?” soal Ammar, lalu duduk di hadapannya. Fazura ukir senyuman paling manis, padahal dadanya berombak kuat. Kebimbangannya memuncak. Anak-anaknya. Ibarat nyawanya sendiri.
Lama Ammar memandang Fazura. Di lihat tangan Fazura terketar-ketar.
“akak?” panggilnya. Fazura memandangnya, cuba di senyum, tp Nampak palsu.
“ada apa-apa masalah ke kak?” soal Ammar. Fazura cuba tahan sebak di dada. Namun, air mata jatuh juga. Ammar gusar.
“akak..kenapa ni? Ada apa? Apa yang berlaku..siapa buat akak menangis ni?”
Fazura makin sebak. Dia menangis. Menangis semahu2nya. Di letak kepala atas meja. Sambil teresak-esak menangis.
Tanpa sedar Air mata Ammar juga tumpah.
“Akaakk !!” tangisan mereka padu.
“Akak takuttt…akak takutt….Akak takuttttt” esak Fazura. Semahu-mahunya dia lepaskan.
….........
“Kak..FAZURAAA !! mana Ammar???” soal Hani kalut.
“Ammar ke sekolah….kenapa Hani??” soal Fazura pula cemas.
“akak..cepat…”
Mereka meluncur laju menuju ke sekolah Ammar. Kemudian mencari Ammar. Puas sudah buat pengumuman,
Akhirnya menuju ke kelas Ammar. Kelihatan semua orang berkumpul di meja Ammar.
Fazura dan Hani segera menuju ke sana.
“kenapa ni??”
“akak..tengok ni…” ujar seorang pelajar lelaki sambil menyerahkan sehelai kertas.
“KALAU MAHU AMMAR HIDUP, SERAHKAN YAYASAN HAZCAX SEPENUHNYA PADA KAMI, JANGAN HUBUNGI POLIS KALAU TIDAK NYAWA AMMAR MELAYANG…!!”
Satu note tinggal.
Kemudian di cari-cari lagi klu yang mungkin Ammar tinggalkan. Tiada !
Mereka segera menghubungi orang-orang yang boleh di hubungi, Hani sudah menangis-nangis. Badan Fazura sudah terketar2 seluruh nya. Hatinya cemas. Dia tidak bisa menangis akibat cemas yang teramat sangat. Tidak pernah berlaku perkara seperti ini.
Sampai di YDI, smua ada. Hazri, Asyraf, Zana , Najmi, Dato’ Hazman, Datin Waheda, dan beberapa orang polis juga ada untuk membantu siasatan.
“Alhamdulillah smua ada di sini…..” ujar Fazura, tangannya berketar-ketar, mahu lontarkan senyuman pun
bibirnya terketar-ketar.
Hani mencapai tangan Fazura. Di genggam erat.
“Akak…bergantunglah pada Allah saat ini……” Hani memberi semangat. Fazura senyum. Menerima kekuatan.
“kau rasa ..kenapa dorang nak sangat yayasan Hazcax?” soal Asyraf. Hazri menarik nafas dalam-dalam.
“projek Yayasan Hazcax bernilai berbilion2 ringgit…banyak syarikat besar dalam dan luar Negara ingin melabur dalamnya…bahkan ingi menjadikan seluruh rumah2 kebajikan ini di bawah Yayasan HAZCAX…percaya atau tidak..mereka yang kaya2 ini tidak tahu bagaimana mahu menyalurkan kekayaan mereka..jadi mereka memilih Yayasan Hazcax untuk menyalurkan sumbangan dan pelaburan dalam projek ini……tapi MEGA silap..mereka hanya mahukan wang..mahukan syer yang lebih…sebab itulah..mereka guna cara kotor ini…” ujar Hazri panjang. Berkerut dahi Asyraf. Benarkan seperti ini dahsyat dunia bisness manusia?
“Cikkk..Cikk..Fazuraaa…!!” panggil salah seorang pekerja YDI. Fatin namanya.
“ye? Ada apa Fatin…”
“Syiqin demam..bekalan ubat sudah habis…!!!” teriaknya cemas.
“oh..kalau macam tu biar Hani pergi….” Ujar Hani.
“Najmi drive…” ujar Najmi tiba-tiba. Hani tercengang.
“berdua lagi baikk…” cadang Fazura. Hani mengangguk.
Dalam kereta.
Najmi mengerling gadis di sebelahnya. Hani tidak berhenti mengenggam-genggam tangannya. Tangannya kelihatan berketar-ketar. Bibirnya berkumat kumit membaca sesuatu.
“Hani..awak ok?” soal Najmi. Hani sekadar mengangguk.
Kereta di parker tepi jalan.
“takpe..biar saya pergi beli…tunggu sini..” ujar Hani. Najmi mahu menahan sudah tidak sempat, Hani sudah keluar dahulu dari kereta.
Dia melihat Hani melintas dengan berhati-hati. Sampai sahaja Hani di depan Farmasi itu. Tiba-tiba sekumpulan lelaki datang, menyerbu Hani.
Najmi segera keluar dari kereta, dan ingin melintas. Tapi kereta terlalu banyak.
“NAJMIIIII...TOLONGGGG!!!!!!” teriak Hani.
“HANIIII…” panggil Najmi pula. Di lihat Hani meronta2 menolak tidak mahu masuk ke dalam kereta mereka.
Bukkk !!
Stay Tuned :P
saje wat gempak
InsyaAllah bersambung.......
No comments:
Post a Comment