Pages

.:My Dearest friends:.

Saturday, August 29, 2015

Yieslumikizakari Ch.1



“Harini awak design breakfast ye.Eh, buat breakfast ye” Ujar aku. Dia pergi tanpa respond apa-apa.
“awak nak makan apa ?” soal dia dari dapur.
“apa-apa je, asalkan awak masak.” Jawab aku. Sambil meggosok baju kemeja dia. Ah, bau dia.
“Jangan cium kemeja tu..” dari dapur dia pesan. Eh. Macam mana dia tau.
“tak cium pun ok, buat apa nak cium kemeja awak ni.” Yosh, jawapan terbaik setakat ni.

Tak lama selepas itu aku terbau sesuatu yang amazing. Sesuatu yang di luar jangka. Nasi goreng dia. Ahh. Ini tidak adil.
“awak, harini special ke awak buat nasi goreng ni?” soal aku. Memang sangat sangat curious.
“hari-hari dengan awak kan special. “ dia jawab. Half-hearted. Cis.
Itu dia, nasi goreng dia yang terbaik, Aku tak tahu apa dia letak, tapi dia pernah goreng sekali dua macam tu
Masa ktorang awal awal kahwin. Biasa dia akan buat garlic bread, dan roti telur saja. Kadang2 buat bubur dia. Memang terbaik betul.

“ tu dah kenapa tak habiskan.?” Soal dia,
“ni? Nak simpan untuk esok. Nnati tak tahu bila dapat makan lagi.” Jawab aku. Sambil kunyah nasi goreng dengan perlahan dan sangat
Menikmati.
“makan jelah. Nnti saya masak lagi, nanti kalau dah bosan jangan complaint eh” jawab dia. Separuh hati.
“betul ni? Okeyyy. Nak bawak bekaaal.”. dia geleng-geleng.

“harini saya balik lambat, main basket dengan Paan.” Ujar dia.
“Okay.”
“jangan pandai okay je, jangan buat macam last time, bawak dinner untuk semua orang.”  , aku mencebik.
Alah, salah ke.
“okay. Nak datang tengok pun tak boleh?” soal aku penuh harapan.
“yeke tengok je? Haritu sorak-sorak macam orang tak betul tu? Bukan main tournament kea pa ni.” Jawab dia, sambil
Angkat pinggan dan cawan. Basuh. Aku mencebik lagi. Dua kali dia buat aku mencebik harini.
“okay fine lah. Saya tak pergi. “
“lagipun tak elok, lelaki ramai kat situ, awakkan perempuan.” Macam biasa. Sounds caring, tapi half-hearted.
“awk kan adaaa..” please2. Bagi jawapan macho sikittt.
“please stop baca shoujo manga pasal basketball…..” ujar dia, terus pakai baju kemeja tadi.
Ha hah ha. Tak tahu nak jawab apa. Tu lah.

Yosh. Akhirnya kat sini jugak aku. Tengok dia main dari jauh jelah.  Ini kalau dia tahu aku datang ni, mau kena bebel.
Aku bersembunyi disebalik pokok-pokok sekitar gelanggang.
“eh, Deja. Asal tak duduk sana?” datang seorang mamat yang bernama Kerang. Orang panggil dia kerang. Taktau pasaipa.
“shuuu.. dia tak bagi aku datang…” ujar aku berbisik.  Kerang gelak.
“nak tengok suami pun kena sorok-sorok? Alah comelnya korang ni. Bini aku memang tak bagi aku main, tak suka aku balik busuk-busuk katanya.”
Ujar Kerang.kerang ni bila nak blah. Kang orang Nampak kang, tak pasal.
“Basketball cool apa. Dia Nampak handsome gila bila tengah main.” Jawab aku teruja.
“ceh. Tengok sampai bila kau Nampak dia handsome….” Kata Kerang terus blah. Hek elleh. Sebab tu bini kau cakap kau busuk. Kau kan kerang. -_-

Jap. Aku terlupa sesuatu. Yes. Giliran aku masak malam ni. Ya Allah, what the heck im doing here.
Sepantas kilat aku blah dari situ. Matilah aku kalau tak sempat masak.
So , menu malam ni. Kari ayam dan khailan ikan masin. Favourite dia.

“sayang…saya dah balik..” dengar suara dari depan pintu.  Aku berlari anak pergi menjemputnya.
“awak panggil apa tadi? Sayang?” soal aku teruja. Aku rasa aku tak silap dengar ,Dia buka baju. Hulur.
“mana ada. Panggil Deja je lah..” suara dia penat. Slow saja.
Okay, malas lah nak tanya banyak-banyak. Baju kotor aku letak dalam bakul sebelah mesin basuh.
Dah janji. Basuh baju, lipat baju, gosok baju biar aku yang buat. Yang lain macam kemas rumah dan memasak, ktorang spilt tugas.
Sebab masing2 penat bekerja, jadi kena adil lah. Itu idea dia sebenarnya.  Lagipun, honestly aku memang suka bau dia. Tak kisah lah
Bau perfume ke, bau sabun ke, bau badan ke, bau ketiak ke,peluh semua aku suka. Sebab tu selalu je aku cium baju dia. Supaya aku tak lupa
Bau dia macam ni.

“macam mana main tadi? Okay?” soal aku. Meja makan macam biasa, sebab kecil sangat kami berdua je yang duduk.
“erm, tak main pun harini,.”
“ehh. Tipu…..”
“hah?” tu…dia. Takkan lah aku nak cakap yang aku Nampak dia main. Kang kantoi pulak, tapi kenapa dia nak cakap yang dia tak main, sedangkan dia main
Dengan energetic tadi.
Tangan kiri dia capai tangan kiri aku.
“jangan minum masa tengah makan” ujar dia. Gulp. Terlupa.
“habistu, baju awak bau peluh. Takkan lah awak tak main.”  Jawab aku. Yes ada reason.
“awk cium baju kotor lagi?” soal dia. Hah! Kan. Dah tak tahu nak jawab apa.

“awak datang kan tadi?” soal dia. Eh, macam mana dia tau? Dasar Kerang!
“er…erm…ano..”
“tak payah nak ano..ano sangat. Saya Nampak awak, bukan kerang bagitau.” Ujar dia. Suara tenang ja. Hah, dia Nampak pulak aku dengan Kerang. Oh mak.
Tak baik. Malam ni aku tido sorang lah jawabnya, biasa kalau mood dia tak baik, dia akan tidur kat sofa.
Masa aku bawak makanan untuk semua kawan2 basket dia tu. Memang dia bad mood sangat. Alasannya. Aku seorang je perempuan, semua lelaki.dia tak suka
Aku bergaul dengan kawan kawan dia. Hm. Dunno why.

“erm. Okay. Soryyy soryyy….” Akhirnya aku mengalah. Terpaksa surrender dan mintak ampun. Dia diam. Alah. Dah macam nak bad mood je gaya.
“okay saya janji lepas ni..erm tak leh lah nak janji. Erm, tapi saya nak tengok awak main.” Kataku. Dah. Aku tak boleh buat janji yang aku takkan tepati.
“kenapa awak sibuk sangat nak tengok. Awak ingat saya nak curang dengan awak?” cold. Ayat dia sangat cold. Damn. Ayaq mata macam nak keluar pulak masa ni.
Tak sangka lah pulak datang basketball je boleh buat dia emo macam ni. Honestly aku tak pernah terfikir pun soal curang ke apa. Aku percaya dia. Aku memilih untuk diam
Walaupun dalam kepala aku dah macam macam ayat bersusun.

Dia bangun, lepas makan semua diam, dia angkat pinggan, dia yang basuh. Aaa. Aku taktahu nak cakap ayat apa.

Malam itu dia mengadap laptop di ruang tamu. Tivi tak bukak. Aku mengintai dari bilik. Senyap je dia . hmmmm. Macam mana nih. Kang derhaka pulak lah aku tak bercakap dengan suami.
“awak..” aku muncul di belakang sofa. Tak nak mengadap dia.
“awak marah lagi ke. Erm, saya janji lepasni saya tak pergi dah tengok awak main senyap-senyap.”  Yesh, janji tak datang senyap2. Kena datang bising bising.
“…saya tak terlintas langsung pasal curang apa semua tu. Tak pun. Betul. Saya memang percaya awak” Ujar aku lagi. Sedaya upaya taknak nangis. Dia paling tak suka tengok aku menangis. Kadang kadang,
Salah faham macam nil ah membuatkan air mata mengalir, walaupun benda kecik je.  Dia still tak menjawab. Diam.  

“Awak tahu kan kenapa saya tak bagi awak pergi?” soal dia. Aku baru je nak melangkah pergi masuk bilik. Eh. Erm
“erm. Tahu,”
“sebab apa?”
“sebab semua lelaki, saya seorang saja perempuan. Lagipun awak malu dengan saya.awak kata saya tak betul..sbab saya ganggu….. “ ujar aku. Selamba. Badak.

“salah. “ dia cantas. Dia berdiri, pandang aku. Aku tuduk. Tak berani nak tatap mata dia.
“sebab saya tak suka, kawan kawan saya tengok awak. Awak tu cantik, suara menarik, waktu dah lah maghrib, tak elok awak ada kat sana. Awak faham?”  soal dia.
Aku angguk. Dia kata aku cantik suara menarik. Tu je aku faham. Ha ha. Eh. Sori2. Serius!

Kadang kadang, aku rasa dia terlebih insecure daripada aku. Tapi disebabkan dia suami, dia ada kuasa.  Terpaksalah aku akur.
“jom.”  Ujar dia tiba-tiba. Cermin mata dia letak disisi laptop.
“eh, pergi mana?”  soal aku terpinga-pinga.

Dia masuk bilik. Tukar baju. Pakai singlet basketball. Dia Tarik tangan aku yang masih terpinga-pinga dan hulurkan tudung aku. Suruh aku pakai.
“awak bawak ni.” Dia buka almari kasut, ada bola basket. Dia suruh aku pegang.
Sepanjang turun lif dia tak lepas tangan aku. Tangan dia sejuk.  Kami turun ke ganggang basketball, jam dah 11malam. Nasib baik dalam kawasan apartment ni ada
Basketball court. Takde orang, tapi ada yang main gitar di tepi kolam sana. Ada yang duduk berenang-renang lagi. Tak ramai sangat.

“tengok ni, jangan berkelip pun. “  dia suruh aku duduk, tengok dia main. Aku senyum. Terharu. Dia main dengan bersungguh-sungguh, berapa kali dia dunk. Aku faham,
Betapa risaunya dia kat aku. Betapa dia mengambil berat dalam semua perkara, walaupun perkara kecil. Sebagai suami dia pegang tanggungjawab berat. Aku pula buat perangai
Macam budak sekolah yang tak faham faham walaupun cakap beberapa kali.  Aku perhati dia main. Aku tahu, dia nak aku tengok dia seorang saja yang main. AH. Nak terkeluar air mata pun ada.
Aku berlari masuk ganggang, rebut bola. Aku jaringkan beberapa. Hebat. Suami aku hebat. Walaupun dah 3 tahun kahwin, aku belum lagi kenal dia sepenuhnya siapa dan sejauh mana cinta dia kat aku. Tapi yang aku tahu. Aku memang cinta dia macam nak mati, tapi aku tak boleh bagitahu dia. Tapi aku rasa tak perlu kot aku persoalkan cinta dia. Biarlah dia buat cara dia sendiri. Aku doa pada tuhan , smoga kami sentiasa dirahmati dan diredhani. Bahagia atau tak,milik tuhan. Kami hanya mampu berusaha jadi lebih baik.

Lepas penat main, kami rehat sekejap di bangku. Aku sandar kat bahu dia. Acah-acah sweet couple macam tu. Bau peluh dia. Aku pusingkan muka kearah bahu dia.
“berapa kali saya cakap. Jangan cium bau saya.”  Dia letak tangan di bahu ku.
Aku ketawa. Bukan sebab kelakar or malu. Sebab aku bahagia.

Bukk!! Muka aku terasa kena hempap
“Berapa lama kau nak tidur ni? Subuh la, pukul berapa dah ni!” kakak aku. Hmm. Macam biasa. Mimpi aku selalu real, padah baca manga banyak sangat. Bukan manga biasa. Shoujo. Padan muka.
Aku bangun, malas. Lepas solat subuh jam 8pagi. Aku turun dapur, capai roti, masukkan ke dalam sandwish maker, sapu choc spread. Bancuh nescafe. Rambut serabai.
“lapar nasik goreng~~~~” tiba2 aku merungut. Teringat kan mimpi tadi.

“sayang..saya dah balik.” Satu suara berbunyi di ruang tamu.

Eh?

End of Yieslumikizakari chapter 1.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3