Yieslumikizakari Ch.4
“Eh, kau Deja. Kau kerja dekat furniture company tu ke?”
soal dia. Let me introduce. Ex-Stalker. Danniel Halis. Kenapalah jodoh aku
dengan dia pulak kat sini. Semua ini salah bos. Salah bos.
“Lama betul tak jumpa kau Deja, sejak grad haritu, kau diam
je, dalam grup Whatsapp pun kau takde muncul.” Ujar Danniel Halis. Aku sengih sumbang. Sengih terpaksa.
“aha. Aku bizi sikit. Sebab tu lah tak muncul. Ok, jomlah
kita bincang ni, aku ada bawak catalog ni.” Kata aku. Tuhan cepatlah cepat
lahhhh.
“lah, kau nak rushing kenapa, aku ni client besar company
kau tahu tak, ni project besar aku nak bagi. Kita rileks dulu, minum kopi ke.”
Kata Danniel Halis. Tudia, aku memang tak selesalah dengan mamat ni.
“ok, jom. Sana ada kedai.” Cakap aku cepat-cepat.
Berjaya jugak aku mengekalkan topic atas track. Yelah.
Lelaki ni macam macam nak melencong. Tapi kadang2 aku perasan Danniel Halis ni ada juga sisi
serious dia. Dia boleh jadi seorang yang sangat lain bila dia bekerja. Itu pun
senior jugak yang bagi tahu. Oh. Danniel Halis, batch senior aku. Atas
kepakaran Danniel Halis, kami Berjaya habiskan meeting dalam masa beberapa jam.
Aku akui memang dia jugak yang banyak guide aku itu dan ini. Aku masih lagi
belajar. Dan dia pun sangat lah suka dapat ajar aku.
“Deja, lepas ni kita keluar minum-minum ke, lepak
makan-makan ke.” Itu ayat Danniel Halis sebelum kami berpisah.
“oh, nanti aku tanya boipren aku.” Itu ayat aku pulak
sebelum kami berpisah.
Danniel Halis terpinga-pinga.
Yosh!
“hai, dengar meet up client. Best tak? Handsome tak?” soal
Suzy Jemah. Sarimah. Sibuk je. Aku tak tahu kenapa aku menyampah sangat dengan
Suzy ni. Dia sangatlah Busy Body.
“Handsome giler, aku rasa kalau kau pergi, mesti cair.” Ujar
aku.
“ah, tak setanding boipren aku. Sayang aku.” Jawabnya, nada
gumbira. Whatever lah Jemah. Malas layan kau.
“Deja, how was the meet?” soal Bos, tiba-tiba. Fuh,
semangat. Nasib baik aku takde penyakit kencing manis. Kalau tak terkencing.
Eh?
“tadi dah bincang dengan encik Danniel Halis, dia dah setuju
nak ambil pakej cabinet 20A, lepastu dia nak tiles dan wall decoration daripada
Section 566C. yang ni.” Terang aku.
“Budget semua dah bincang.?” Soal Bos.
“dah, nampak gaya macam dia dah setuju nak buat pakej tu
maksudnya termasuk sekali dengan contractor , kilang semualah. “ Bos
angguk-angguk.
“Danniel Halis. Okay orangnya?” soal Bos. Tiba tiba. Soalan
ini macam personal sikit.
“Danniel Halisss??” Suzy menjerit. Bos terkejut. Berkerut
muka dia.
“pahal Suzy?” soal aku. Sibuk je dengar orang bincang.
Okaylah dia dengar sebab meja ktorang dekat.
“Bos, Danniel Halis, Boifren sayaaaa..” Sarimah membuatkan
aku dan bos ternganga sekejap.
“serius?” soal Bos. Suzy mengangguk laju. Sengih besar.
“bos , bos kena berterima kasih dengan saya, sebab saya kot
dia pilih company kita. Ahaaaa. Bos kena bagi credit kat sayaaa...” ujar Suzy,
berbangga-bangga.
Aku lagi lah tak boleh terima macam mana si Danniel Halis tu
boleh jadi Boyfriend si Sarimah ni. Tak masuk akal. Semuanya jodoh. Aku jumpa
Danniel Halis which is senior aku. Dan dia boyfriend kepada officemate aku
iaitu Sarimah. Arghhhh. Gila. Semua ini gila.
“awak nak air? Saya buatkan.” Ujar aku. Dah pukul 10, dia
tengah bukak laptop. Tv off macam biasa.
Rasanya tv tu aku seorang saja layan.
Itu pun entah bila kali terakhir aku bukak tivi tu. Dia kadang2 marah sebab
berita tivi tak reliable lah. Byk tipu lah. Nanti aku terpengaruh dengan iklan,
nak itu dan ini. Hm, panjang jugak suami aku ni fikir.
“boleh juga,”
Aku buat air milo. No susu. Kurangkan gula dalam minuman,
lebihkan gula dalam senyuman. Sedar tak sedar aku berhumming semasa buat air.
“ada something good happen kat tempat kerja ke?” soal dia.
Aku hulur gelas. Aku pun hirup air milo gelas aku.
“Nothing much. Just jumpa Danniel Halis as client, and
apparently Danniel Halis is Suzy’s boyfriend, hahaha.” Kata aku. Kelakar pulak.
“awak jumpa Danniel Halis? “ soal dia. Aku angguk.
“berdua?” tudia. Aku angguk perlahan. Dia marah ke. Harapnya
tak lah. Biasanya dia tak tanya, tapi kali ni dia tanya pulak.
“sayang awak pergi lah tidur.” Ujarnya. Eh. Eh. Jap.
“sayang? Awak panggil saya sayang?” soal aku. Teruja.
Terujaaa. Tadi kata geliii. Panggil jugak.
“mana ada, awal salah dengar, Deja! Deja. Pergi masuk tidur.
“halau dia. Aku takkan give up.
“sekali lagi, awak panggil sayang sekali lagi baru saya
pergi masuk tidur.” Haha. Akhirnya. Aku akan desak jugak dia. Kali ni dia tak
boleh terlepas.
“awak ingat awak budak kecik ke? Suka hati lah. Tak nak
tidur duduk lah situ sampai pagi esok.” Ujar dia. Selamba. Hirup milo panas.
Fine. Okay.
“okay lah good night.” Aku hulur tangan. dia gosok kepala
aku sampai serabai rambut.
“assalamualaikum, sayang.”
Ujar dia, eh, dia blushing. Okbai. Malas nak usik lagi aku terus masuk
tidur dengan senyuman lebar.
Tudia. Berbungaaaa hati maaak. Aku tahu dia berusaha nak
sorok malu dia. Alah lelaki pun ada malu dia. Comel kan.
PAP!
Lagi sekali muka aku kena baling bantal,
“takleh kejut elok sikit ke woi!!!” tengking aku. Hakak aku
lah ni. Kejut tak pernah elok.
“ha. Apa woi woi.”
Muka abah muncul. Erk.
“sori bah. Ingat angah tadi.”
“subuh. “
“ok.”
Damn!
End of Yieslumikizakari Ch.4
No comments:
Post a Comment