Yieslumikizakari Ch.5
“awak, awak percaya tak kalau ada orang kata kalau kita
kahwin pakai inai, lepas inai tu habis barulah bahtera rumah tangga tu
bergerak. Baru start macam tu.” Soal aku. Serious. Dia mengadap laptop. Muka
sedikit berkerut.
“tak.”
“kenapa?”
“sebab awak tak pakai inai, so dari mana start bahtera rumah
tangga tu?” soal dia. Eheh… dia hengat aku nikah dulu tak pakai inai.
“kalau betul lah macam tu, orang akan design permanent inai.
Tak hilang. So bahtera rumah tangga tak bergerak.” Sambung dia lagi. Hm. Logik.
Aku angguk angguk.
“awak buat apa fikir benda tak berfaedah macam ni. Dah pergi
sambung buat kerja.” Ujar dia. Haihaiii. Kena halau.
“yelah. Awak bau macam orang tua pulak malam ni.” Ujar aku
perlahan. Saja.
“Stop sniffing people dejaaa…” whoppss. Marah. Aku gelak
kecil.
Selalu dia duduk kat sofa, aku duduk kat meja makan. Tak
jauh pun. Tapi aku mengadap dia, dia mengadap tivi. Selalu sangat tak bagi aku
buat kerja sekali dengan dia.
Padahal sama sama stay up.
“tudia, dark circle terbaik, sekali dengan eye bag.” Pagi2
lagi suara Sarimah dah menyapa. Nak tukar department lah.
“kasihan kau kan, mesti kau tengah sibuk buat design dengan
measurement untuk DANNIEL HALIS punya company kannnn” Sarimah menggeletek di
pagi pagi buta. Dahla aku separuh mata saja bukak mata ni. Abah membebel sebab
aku makan breakfast sambil tutup mata. Pastu Angah bising sebab aku tak kemas
tempat tidur, sebab aku share bilik dengan dia walaupun bilik tu luas macam
dorm. Sebab tu lah tak kahwin lagi. Mebebel. Bising .
“Deja,,,awa..k.” Bos datang menerpa. Mesti dia pun terkejut
tengok eyebag aku. Bos senyum. Eh.
Senyum?
“kenapa bos?” soal aku.
“Awk cukup tidur tak?” soal Bos. Cis, dah tahu muka aku
macam ni hade ke patut tanya. Memang tak senonoh lah dapat bos macam ni.
“terlebih tidur ni Bos, sebab tu lah.”
“dah, masuk bilik saya sekejap. Tapi pergi basuh muka dulu.
Tak kuasa saya nak mengadap muka awak macam tu.” Kata bos. Jujurnya bos. Please
laaaa.
Aku ketuk pintu bilik.
PAP!
Fuh nasib. Bos baling bola basket sebaik saja aku masuk.
Nasib baik aku cekap. Eh , basketball.
“awak main basketball?” soal Bos. Aku sengih malu. Angguk.
“boleh lah. “
Bos ambil bola dari tangan aku. Bounce beberapa kali lepastu
tiba2 dia jaringkan.
“sejak bila jarring tu ada kat sini BOS?” sumpah aku tak
perasan pun selama ni ada benda tu.
“dah lama dah, tak perasan ke?” soal Bos selamba. Tu dia,
kemeja dia lipat kat lengan. Mau cair
tengok. Pagi pagi dah energetic bos.
“petang ni saya ada game, nak tengok?” soal bos. Ajak. Bos
AJAK? Serious lah.
“be betul ke ni bos?” Bos angguk-angguk. Tudia. Macam segar
bugar tiba tiba. Macam bos ajak pergi dating pun ada. Basketball, maksudnya dia
nak suruh aku tengok
Betapa coolnya dia kat court. Well everybody acknowledge yang
org main basket memang smart. Heh, bos ambil next step agaknya .
“bos, pass.”
“hah?”
“bagi bola.”
Bos baling bola.
BUKKK!!
“BO…………S” aku pandang belakang. Bola terlepas, betul2 kena kepala Zera.
Haaaaa!
Game malam tu sangat seronok. Aku rasa aku dapat kenal sisi
baru bos yang orang lain takkan dapat tengok. Sisi dia sangat bersungguh
sungguh sampai berpeluh. Minum air sampai tumpah. Rambut berpeluh dan serabai.
Hmm. Bau peluh Bos agaknya macam mana ye. Eh, apsal aku fikir pasal bau pulak.
Aku menggeleng kepala beberapa kali.
“How was the game?” soal bos. Bos duduk tak jauh dari
sebelah aku. Haa, aku boleh bau peluh bos.
Aku angkat dua ibu jari.
“Thumbs up!, expected from bos. Bos memang cool.” Haih, puji
lebih lebih pulak aku ni. Tapi memang jujur lah aku memang suka. Admire bos.
“thanks sebab datang.” Ujar bos. Eh. Kenapa pipi aku rasa
panas nih wey. Aku tengah blushing ke. Bos cakap thanks saja.
“nak dinner sekali?” bos ajak lgi. Ahhh, hati bagai dipanah
panah lepas satu satu. Aku masih diam, tenggelam dalam lamunan bahagia aku.
“tak nak takpe” agaknya bos lama sangat tunggu aku punya
jawapan.
“eh, nak nak. Lapar gila ni bos. Bos belanja boleh? Ni saya
dah datang tengok ni…” aku terus ikut bos jalan dari belakang, kedai mamak
depan tu je, abah pun selalu lepak situ.
“ooo. Tak ikhlas , nak bayaran.” Kata bos lagi. Hahaha.
Pandai bos.
“gurau jelah bos. Gurau je. Seronok tengok bos main. Cool.”
Langkah bos Mati. Nasib baik tak terlanggar belakang.tapi dekat gila lah, bau
Bos lagi kuat.
“nak makan apa. On me.” Ujar bos. Selamba. Senyum cool dia.
Aku diam. Mengamati bau, nak hafal bau, bukan senang nak bau peluh bos. Kerja
dalam aircond.
“Deja?” panggil bos.
“Stop sniffing people dejaaaa” Badum!! Tudia ayat dia sama
macam dalam mimpi aku malam tadi.
“thankkkkss bosss. Erm. Nak nasi putih, telur dadar ,
tomyam, sayur kalian , ikan masak sambal…” mengelatttt mengelatt selagi boleh.
“banyaknyaa….”
“Orang belanja bukan selalu…”
“Bos, bos percaya tak..yada…yada………
,,,,,
,,,,
Masa ni, terasa aku dan bos makin dekat. Macam jarak semakin
dekat, hati aku. Rasa dekat. Aku harap lah perasaan aku mencapai kepada Bos,
kalau boleh aku nak mimpi2 aku jadi kenyataan dan aku nak bos lah jadi suami
aku. Somehow. Somehow.
End of Yieslumikizakari chapter 5.
Nota penulis : Yieslumikizakari takde hala tuju, maka selagi Deja berangan, selagi tu lah ada cerita Yieslumikizakari untuk menulis. kadang2 dia berangan selepas sebulan kemudian. yey! teruskan membaca.
btw. ramai yang keliru antara fantasi Deja dan realiti Deja dengan Bos.
No comments:
Post a Comment