Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, August 30, 2015

Yieslumikizakari Ch.3

Yieslumikizakari Ch.3


"sayang, awak nampak tak kat mana saya punya file warna pink." soal dia. aku sedang masak di dapur.

“Eh, bukan ada atas almari tu ke?” jawab aku.

“takde sayang.. mari sini kejap.” Panggil dia.  Aku masuk bilik, terus aku Nampak file warna pink.

“tu bukan ke sayang?” soal aku. Suami aku sengih.

“Ya Allah, tak Nampak pulak. Thanks. Dah pergi sambung masak. Dah apa sayang sayang pulak ni” Ujarnya. Aku mencebik.

“tadi bukan awak panggil sayang ke?” soal aku. Aku rasa aku tak silap dengar.

“Sayang dengan Deja. Jauh beza tau tak.” Katanya sambil membelek-belek file. Aku cekak pinggang.

“eleh, orang yang sama jugak.” Ujar aku sambil blah. Jalan dengan angkuh. Dia sengih sambil menggeleng-geleng. Geram pulak aku,

Dah panggil sayang tu panggil jelah. Nak malu buat apa. Semua suami isteri buat kot. 

“awak, kenapa awak tak bagi saya panggil awak abang?sayang ke. Alah macam pasangan suami isteri lain. “ soal aku. Tomyam dimasukkan kedalam mulut. Slurpppp
Sedapnya. Ah.

“taknak lah. Geli.” Jawab dia. Aku mencebik. Eleh. Geli konon.

“lagipun kita sebaya. Nak berabang-abang, tak logic.mengada2 je” Ujar dia. Eh eh. Tapi ada betulnya jugak kan. Kami sebaya. Aku angguk-angguk.

“saya rasa kita dah ok dah sekarang,takyah lah nak advance sangat.”katanya.nampak sangat dia memang tak suka benda benda macam ni. Takpolah. Den tableh nak buat apa. Nak buat macam mana.

“yelah. Yelah. Lepasni tak tanya dah.” Ujar aku. Sumbat nasi ke mulut. Bukan benda besau pun, xyah nak kecik hati sangat lah Deja.

Tiba-tiba dia sentuh tangan aku.

“kadang2 kalau sayang xyah sebut, tunjuk.” Katanya. Genggam jari aku. Aku senyum. Angguk2.

“dah2, makan. “  

Aku rasa aku yang selalu berhalusinasi suami aku panggil aku sayang. Haih~ nak buek macam mano. Tapi ada apa apa beza tak kalau panggil sayang dengan tak panggil sayang?

Pap!!
“day dreaming ,tak habis habis, kali ni apa pulak? Bergaduh dengan suami kau lagi?” Suzy membunuh lamunan aku. Dasar Sarimah. Hari hari aku mengadap muka Sarimah, naik bosan.Cinta aku dengan suami aku, nak sibuk apa. Dia dah ada boipren untungla, panggil sayang siap. Aku ni suami tak bagi panggil sayang.  

Sejak daripada haritu, aku dah tak Nampak bos kat court. Lagipun aku bukan turun selalu pun, kadang ada mood, kadang takde, macam tu lah.  Lagipun, aku pun tak pasti itu betul ke bos or tidak.

“Deja, mu tahu dok bos dok sihat? Dari Jumaat haritu. Aku dengar harinipun dia tak masuk.” Suzy mula menjemah. Ooo. Aku angguk-angguk. Bos duduk seorang kat rumah, agak-agak ade orang jaga tak dia. Hm, kasihan dia. Eh, buat apa aku nak kisah. Hidup dia , suka hati dia lah. So, patutlah bos takde kat court. Cisttt, yameru, that guy is isn’t bos. Okay.

“Deja, bos pesan, letak drawing atas meja dia harini, dia masuk petang . “ Zera tiba-tiba muncul. Dari manakah datang nya dia ni. Tak bagi salam, tak apa. sama saja macam bos, patut lah jadi secretary bos.

“Baik Zera, thanks.” Jawab aku. Zera blah. Cold woman.

Petang itu selepas lunch, aku Nampak bilik bos dah terang. Maksudnya langsir dah bukak lah. Takkan lah siang2 bukak lampu pulak. Aku dengar ada beberapa das bos lepaskan batukan. Yelah tu, tak sihat lagi lah tu. Ada sisa batuk. I wonder if I can help anything.

“Deja. Bos panggil.” Panggil Zera. Aku angguk. Angkat punggung terus masuk ke bilik bos.

“Bos?”

“Ha, Deja, duduk.” Ujar Bos. Suara sengau. Selesema. Haha , kelakar pulak rasa nak tergelak pun ada.

“kenapa?” soal bos. Hah, ada sebabnya kenapa manusia lain tak boleh dengar suara hati manusia lain. Nasib baik bos tak tahu apa aku cakap.

“eh, takde apa bos, kenapa bos panggil saya?” soal aku. Eceh. Pekerja misali.

“boleh awak gantikan saya punya meet up dengan client?” soal Bos. Terbeliak mata aku. Wait, what. 
Aku tak pernahhhhh meet up client. No way! Slalu aku deal dengan bos je, bos yang akan dealkan dengan client. Yameruu Yameruuuu!

“Jap, bos, bos percaya ke saya?” soal aku. Bos diam.

“Takde pilihan lain, awak last choice.” Aku mencebik. Last choice. Keh keh. Tapi aku still ada dalam choice, tak kisah lah last ke first ke. Yosh! Marilah kita maju setapak ke hadapan.

“jangan buat perangai pelik-pelik pulak kat sana” Pesan bos. Aku angguk.

“bos jangan risau, saya akan make sure. Last choice bos ni adalah the best choice.” Jawab aku semangat.

“ahh, suddenly rasa tak sedap hati pulak bila awak terlebih confident.” Bos jawab dalam keluhan. Whaatt. Haisy! Fine lah. Lantaklah.

Jadi, ini kali pertama aku berjumpa dengan client lepas beberapa bulan yang lalu aku mula bekerja.

“Hai.” Sapa satu suara. Aku berpaling, melihat empunya suara.

Oh. Habislah. Aku.

END of Yieslumikizakari Chapter 3




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3