Sejak kejadian dua hari lepas aku terus tak jumpa dah budak tu. budak tu gila agaknya, tiba-tiba suruh aku jadi girlfriend dia. wakakaka.
"Jadi girlfriend aku." dia kata. aku pandang dia lama. pelik. lepastu aku hanburkan ketawa.
"dik. wake up dik. wake up." tu je aku reply, lepastu aku terus blah.
"Deja! ooo DEJA." Zera panggil. aku sengih.
"kau mengelamun ke apa?" soal Zera.
"hah! dah tau aku tengah mengelamun, kacau buat apa?" soa aku. Zera menjuih bbir.
"bos panggil." katanya. aku terus bangun. fuh. rasa macam nervous plak nak jumpa bos. yelah sejak aku jadi gf sementara bos ni kan. haaa.
Masuk je bilik bos. Terus mulut aku terlopong. oh mai god.
"Deja. kenalkan. ini Akif. Our new designer. dia akan jadi assisnt awak." ujar Bos selamba badak bos , bos tau tak dia ni sapa bossss!! aku genggam penumbuk.
budak tu senyum kat aku. tunjuk braces dia. sumpah annoying gila muka dia. sumpah!
"Hai. Cik Deja. Sila tunjuk ajar saya.." kata dia. meleret, ada senyuman di hujung bibir dia. apa da buat kat sini. Geram pulak aku , tak jadi aku nak malu2 dengan bos. terus muka ganster aku keluar.
meja sebelah aku yang selama 2 tahun kosong, akhirnya terisi kembali. Akif. so nama dia Akif. okay. siaplah kau. boleh lah aku nak balas dendam. Tapi kalau perhatikan, harini dia lebih kemas, sebab dia berpakaian formal. rambut pun tersisir rapi. berkemeja kosong tart in. tapi pakai snickers , pelik lah budak2 zaman sekarang. disebabkan meja kami takdelah besau sangat, jadi aku still boleh bau cologne yang dia pakai. bau yang sweet tapi tak berapa kuat. Bau lelaki yang macho jugak lah rasanya.
"amboi. enjoy perhatikan orang. " tiba2 dia mematikan lamunan aku. damn! kantoi lagi. dia labuhkan punggung di kerusi sebelah aku. lepastu kaki angkat naik atas meja. ewah ewahhh budak ni.
"hey, kaki tu. sopan sikit." kata aku. heh! kat sini aku yang superior. jangan nak berlagaklah budak mentah.
"sopan? teach me how" kata dia. berlagak. Ya Allah budak ni.
Pap! pap! aku tepuk tangan.
"Guys, kenalkan this is new designer, Akif nama dia. " kata aku. kenalkan dia kepada semua staff.
Akif bangun. lepastu sengih.
"Hai semua, saya Akif. mohon tunjuk ajar , asal dari Kedah, jurusan Interior Design. saya suka Deja. saya nak Deja jadi girlfriend saya. " kata dia selamba. bermalas malasan. satu ofis diam. aku dah gelabah. tutup muka. Ya Allah budak ni. apahaaal. Tiba2 serentak satu ofis gelak. ketawa sakan. termasuk makcik cleaner yang tengah sapu lantai tu ha. semua pakat gelak.
tiba2, Suzy bersuara.
"Dik, Deja tu hantu dik. silap orang lah dikkk, baik akak ni ha" lepastu terus semua sambung ketawa lagi. I mean like. what so funny? what so?
Akif pandang aku sengih-sengih. tampo kang budak ni. budak baru lagi, tapi dah berani keluarkan statement macam tu.
"Nah! " aku campakkan dia tender, tender 1 million pound (kidding).
"whoaaa. first assignment., so kita akan buat sama2 and stay up sama2 sampai lewat malam lah kan? both of us?" soal dia. gembira. sambil angguk2 bukak file tender tu.
"mimpi lah Akif. mimpi." aku balas macam tu je, malas. tiba tiba Akif tolak kerusi dia menghampiri aku. betul2 sebelah aku. haisy budak ni. mmg tak tahu jaga ikhtilat ke. haa , aduih, tak pasal2 batal kang ayaq smayang aku.
"Deja.." dia panggil macam berbisik. aku rolling mata.
"nak apa Akif?" soal aku. tak pandang. tengah main Autocad.
"Deja..." dia panggil lagi dengan nada yang sama.
"cakap normal2 saja boleh tak?" soal aku. aku pandang dia. maaaakk. dekatnyaa dia niii. aku tendang kerus dia. dia terdorong sedikit ke belakang.
"Akif. mulai harini, saat ni, jarakkan at least 1 meter from me..." ujar aku. hah! dasar budak tak faham bahasa.
"wau. ganas nya Deja. Deja. tak sakit ke kaki pakai heels?" soal dia. ya Allah budak ni. apabenda lah yang tak kena dengan dia.
"Akif. buat kerja plis.." pinta aku. nada mendesak. Degilnya budak ni , makan apa masak kecik kecik ha.
"Okay. kalau Deja yang suruh. Akif buat." kata dia, terus tolak kerusi pegi cubical dia. mula on pc.
mulai harini, mmglah aku harus ajar dia dari A sampai Z, bagus juga bos cari pembantu , sebab ada byk lagi kerja2 dan project kecil yang masih kena revise. menyusahkan! dalam masa yang sama aku harap Akif boleh lah behave diri dia sikit. budak ni bukan boleh kira.
"Deja. Lunch dengan aku harini." kata Akif. aku pandang dia, dia tengah tekun main Autocad.
"ha. tak dengar lah. line tak clear." kata aku. harap2 lah dia malas nak leyan lepasni.
"Lunch dengan akuuu." kata dia lagi. hah! seronok mainkan dia.
"apa. tak dengarlah,..." kata aku lagi. saja. menyakat, Pap! aduiii.
"sakitlaaaa" aku terjerit kecil. budak ni baling pen kat kepala aku.
"ha, dengar skrg?" soal dia. aku usap2 kepala aku. sakit laa ngek!
"taknak. diet." ujar aku. malas nak layan dia. dia tetiba2 pandang aku. pelik.
End of Yieslumikizakari Ch.11
No comments:
Post a Comment