"awak. awak.." aku panggil2 masuk bilik, dia tengah pakai tie.
"kenapa?"
"bukan harini turn awak buat breakfast ke?" soal aku. dia tak pandang aku.
"erm. tak sempatlah, harini saya kena fly pergi Johor,flight pukul 8, saya breakfast kat sana je nanti." ujar dia. aku mencebik. outstation lagi.
aku datang dekat kat dia. nak tolong dia pakai necktie.
"erm, tak payah2, takpe. saya nak cepat ni." ujar dia. haaa. kenapa dengan dia ni. Hm yelah mungkin dia tengah kalut kalut agaknya.
"saya kat sana tiga hari, jaga diri elok elok. kalau boleh jangan ganggu saya masa kerja." ujar dia. zup! tersentak aku. memang aku selalu kacau dia ke? tak berapa lama lepas tu dia hilang dari pandangan aku. rasa hambar betul. aku ada buat salah apa-apa ke.? Rasanya semalam elok je dinner sekali gelak gelak. apahal pulak lah. hm, mungkin ni perasaan aku saja kot.
Harini aku off awal sikit, rasa macam takde mood, lagipun harini kerja tak banyak sangat, aku tunda esok saja lah. masalah jugak kalau ada masalah rumah tangga ni kan. hm. Aku jejak kaki ke KLCC sekejap, rasa macam nak jenjalan, nak makan aunty ann, nak chattime, ah semua aku rasa aku nak harini. Stress yang amat sangat agaknya. Masa tengah beratur Aunty Ann, tiba2 aku ternampak kelibat yang aku kenal sangat. sangat kenal.
eh? apa dia buat kat sini? kata pergi johor? . tak , aku memang tak silap , Aku terus berlari lari anak dalam KLCC tu lantak lah orang nak kata apa,
kaki aku kaku bila aku nampak dia masuk kedai emas, kedai jewelery dengan seorang perempuan, aku tak nampak, dia dari belakang. betul. pagi tadi memang dia keluar pakai kemeja blue black and tie kelabu. betul. Tie tu aku yang bagi hadiah.
jantung aku berdegup laju. kuat sangat hentakan jantung aku sampai aku tak dengar suasana bising di dalam klcc tu. Aku tarik nafas dalam dalam. aku akan terus terang dengan dia. tak boleh nak bersangka sangka macam ni , mana tahu dia ada sebab dia masuk sana. satu lagi, bukan dia kata dia fly pergi johor ke?
aku terus capai telefon bimbit dalam masa yang sama aku perhati dia dari jauh. aku call number dia.
"Assalamualaikum, awak , awak tengah buat apa?" soal aku. ada getaran aku tak boleh nak sembunyikan gemuruh aku dalam suara aku.
"wsalam, eh, awak ni kan saya dah kata saya kerja? kenapa call semata nak tanya tengah buat apa?" wah, nada dia relpy aku memang lain. marah. macam annoyed dengan aku.
"awak, awak kenapa..."
"saya bizi ni , nnti saya call balik. bye." ujar dia. talian dimatikan. tanpa sedar mata aku berair. aku tarik nafas dalam dalam.
aku atur langkah kaki pulang ke rumah, siapa perempuan tu? kenapa dia masuk kedai emas, jangan kata dia nak kahwin lain. ya Allah. apa kurangnya aku. aku ada buat salah apa apa ke?
ke aku kerja sibuk sangat sampai aku tak spend time masa dengan dia? Dia pernah ajak aku pergi holiday tapi aku refuse sebab waktu yang dia nak tu aku kena present tender.
atau sebab aku buat jadual masak dan kemas rumah? byar bil api semua? dia tak suka ke aku buat giliran2 semua tu. ? yelah selalu isteri yang buat semua mana ada laki suka buat benda tu semua.
Patutlah umi aku pesan supaya jangan suruh suami buat kerja banyak sangat nanti dia cari lain. aaaaa umiiiiiii....
tapi dia nak beli cincin dah, dia nak kahwin lain dah macam mana ni. Nasib baik aku nampak dia tadi,kalau tak sampai bila pun aku takkan tahu yang dia dah ada orang lain.
Atau, sebab dia nak anak? aku dengar anak lah penyeri rumah tangga, bila dah nak bergelora macam ni bahtera anaklah penyerinya, penyatu. aku tepuk muka aku berkali kali. dah janji ktorg dh buat perancangan keluarga after 3 tahun kahwin baru plan nak ada anak. sekarang baru 2 tahun lebih, tak lama dah. kenapa dia tak bersabar?
Malam tu memang dia tak balik walaupun aku tahu dia ada kat KL. dia tak balik rumah, Malam tu pun dia tak call aku. tak text aku apa semua. Adakah cinta kami makin pudar. dari awal aku tak tahu pun dia cinta aku ke tak, sebab kami ni pilihan keluarga. keluarga dia masuk merisik dulu. aku baru sedar yang aku tak tahu apa pun pasal dia. aku tak tahu pun kisah lama kisah silam suami aku. sama ada dia dah ada org lain sebelum ktorg berkahwin atau apa. Yang aku tahu dia main basketball since zaman uni. tu je aku tahu.
Esokkannya aku decided untuk ambil cuti. Ingat macam nak balik rumah, jumpa umi abah.
aku text dia.
"Awk, sy balik kuantan harini, saya tak sihat." tu je aku text dia. aku terus drive balik Kuantan. ada jugaklah sekali dua ayaq mata tu menitis. berapa kali dah geleng2 masa otw supaya tak payah nak fikir banyak sangat. tapi macam mana, kereta ni mana mana pun ada bau dia.
Tak reply, sampai aku sampai rumah dia tak reply. Betul lah bila dia kata jangan ganggu tu. entah apa pula dia buat dengan perempuan tu harini. pergi holiday kat kundasang agaknya. takpun pergi kahwin kat thailand ke siam ke. alah boleh kahwin kat malaysia buat apa nak pergi jauh jauh, isteri dia bukan tahu pun.
,Menitis lagi . aku tak pernah salahkan dia. kalau dia nak cari orang lain pun thats fine. aku dah bersedia. sebab aku tahu zaman sekarng memang banyak sangat kes cerai. kes suami ada perempuan lain, suami kahwin dah lama, after 5 years baru tahu yang dia bermadu.
Aku ni memang sangat membosankan ke? aku angguk sendiri. siapa je yang boleh tahan dengan perangai aku? keras kepala. suruh suami buat kerja. kata nak adil lah. padan muka, tak tahu ke kuasa tu kat tangan suami?
"dah balik termenung pulak." Umi membunuh lamunan aku. Aku rasa umi boleh baca kenapa aku balik. jarang sangat aku nak balik. balik seorang pulak tu. selalu aku lah yang mengaduh bizi sana bizi sini. Suami aku jugak yang balik sekali sekala kat sini.
"umi, selalu kalau dia balik dia buat apa?" soal aku. peluk lutut. umi letak cekodok dengan air teh depan aku. Abah takde, pergi meeting KRT. hmmm cekodoh umi is the best in the world.
umi bangun ambil kain pelekat, campak kat muka aku. aku mencebik. ah. bau dia.
"rindu bau tu. " Ujar Umi. Mata aku berair. aku rasa umi memang boleh baca hati dan perasaan aku. Umi melabuhkan punggung. kluarkan album lama dari bawah meja teh tu.
"tiap2 kali balik, dia bukak album ni, tanya pasal kau. masa kau kecik. masa kau masuk sekolah. semua benda pasal kau, dia nak tahu pasal kau. kadang kadang tu. dah banyak kali umi cerita, tapi dia nak dengar lagi. sambil ketawa kemain dengar cerita pasal kau" ujar umi. belek2 album. aku takup mulut.
"masa tu tiap kali kalau dia datang sini seorang mesti dia buat janji baru , kata nanti datang sekali dengan cucu lah. macam macam." tambah umi lagi. ahhh. aku tak tahu nak rasa apa. gembira ke sedih. bercampur.
"kau sakit ke?" soal umi. Aku geleng.
"sakit hati umi. laki kadang2 unpredictable. " aku ujar. Umi angguk. aku peluk kain pelekat dia. letak atas bahu , hidu hidu.
"betul lah tu. kadang kadang dia sayang kau dia tak cakap. lelaki selalu macam tu, abah kau pun macam tu jugak. marah marah, tapi sayang, takut hilang. Sebab cinta tu datang dari tuhan. anugerah." umi bermula kisah hati dengan hati.
"Kahwin 10 tahun pun belum tentu kenal sepenuhnya pasangan kita. sebab tu proses tu kena develop sama-sama. kau lah bizi sangat , " umi tiba2 bersuara lagi selepas pause sekejap.
"Umi tahulah suami kau takkan bersuara pasal kau bizi atau banyak kerja, sebab dia tak nak kacau kerjaya kau, tapi suami ni kena banyak spend time bersama, kalau tak nanti dia lari, dia kosong. " umi sambung. aku angguk angguk, Mata dah berair.
"Umi, mcm mana kalau dia nak kahwin lain? macam mana kalau dia dah ada org lain?" soal aku. perlahan saja.
"takdenya. umi kenal lah menantu umi. insyaAllah. percayalah sikit kat suami kau. ni lah perempuan cepat sangat bersangka. tanya dia berterus terang dengan dia, jangn jump to conclusion." umi yakin saja. aku takde pilihan lain.Padahal umi tak tahu aku nampak sendiri dengan mata aku.
Lepas melepaskan rindu dan berborak dengan umi dan abah. aku masuk bilik. baring atas katil. bilik aku masa zaman bujang2 dulu, sekarang dah ada bau dia. sebab dia kerap sangat balik sini. sebab dia takde kampung,mak ayah dia dah takde, sinis sajalah dia balik. adik beradik dia pula semuanya dah besar.
Aku buka laci lama yang aku simpan barang barang yang aku treasure. ada diari lama aku , terasa nak belek. tiba-tiba sekeping gambar jatuh.
Gambar kahwin kami. heh! dan dan nak muncul waktu ni, siapa yang letak? maksudnya dia bacalah diari aku? hm, bukan ada apa pun, banyaknya aku tulis dalam private blog aku.
kat belakang gambar tu ada tulisan.
"hadirmu bagaikan bidadari,
Melengkapkan langkahku yg terhenti
kau lah permaisuri
gelap dunia tanpamu
umpama nafasku kan berhenti
jika kau hilang dalam hidup ini
percayalah kasih
cintaku padamu .tak pernah Hilang"
Tak tahu lah pulak dia dengar lagu lagu jiwang macam ni. yeah. as expected, i know nothing about him. aku campak diari masuk balik laci. takde mood nak tengok. Tapi aku ambil gambar tu letak dlm dompet.
aku hempap muka kat bantal. aku pandang sayu tshirt dia yang tersidai di kaki katil. I dont want this to end. aku tak tahu dah jauh mana aku sayang dia. suami kot. apa kau expect. dia lain, dia lain daripada org lain, lain daripada lelaki lain yang aku kenal. dia straightforward, kadang2 dia pemalu , kadang2 dia ego. kdg2 dia sweet. kadang2 aku tak faham dia. tapi tu lah yang membuatkan aku makin sayang kat dia. arghh.
Esoknya aku balik rumah lepas dapat beberapa pesanan dari umi dan abah. sampai saja rumah petang, aku dah nampak kereta dia. dia dah balik rumah pun tak bagi tahu aku.
aku masuk rumah, aku jenguk dia takde kat dapur dia mesti dalam bilik. aku masuk bilik dia tengah tidur. mesti baru sampai, sampai stoking pun tak bukak. tie pun tak bukak.
aku menghampiri dia, bukak stoking perlahan2 biar dia tak terjaga. bukak necktie dia. lama aku renung muka dia. ah, nervous. aku belum boleh tengok muka dia lama lama. tak ubah, dari masa aku awal2 kahwin dengan dia memang aku xpernah ubah perasaan ni. rasa macam hari hari aku jatuh cinta dengan dia.
tiba-tiba dia buka mata. aku terkejut terus terduduk kebelakang.
"bila awak balik?" soal dia nada mamai, mata merah lagi. aku telan air liur,
"ba baru tadi sampai. erm awk tidurlah saya nak pergi mandi, nnti saya masak." ujar aku cepat cepat, nak bangun. pap! dia capai tangan aku.
"kat mana awak tak sihat?" soal dia. aku pandang dia, ah. nak menangis. rilek Deja! rilek. tarik nafas dalam dalam.
"sa sayaa. okay je, saya rindu umi abah sebab tu balik." ujar aku , takut-takut perlahan. kenapa ? kenapaaa aku rasa macam ni, aku taknak kehilangan dia.
"awak tak payah masak harini, saya nak makan kat luar. awak ikut sekali lah. kalau nak" ujar dia aku terdiam kejap. dulu kemain maggie pun dia nak suh aku masak, sekarang nak makan kat luar. Aku angguk2 perlahan.
"kalau boleh pakai lawa-lawa sikit, sebab nk ajak jumpa orang sekali.." ujar dia. aku sentak! tersentakkkk. dia nak kenalkan aku dekat wife baru dia kaaaa? ya Allahh. ya Allah aku belum ready. aku tipu aku cakap aku dah readyyyy. aku belum readyyy...
End of Yieslumikizakari Ch.7
No comments:
Post a Comment