Pages

.:My Dearest friends:.

Monday, September 21, 2015

Yieslumikizakari Ch.Special

Yieslumikizakari special.


Harini aku nak cerita kisah Deja masa dia sekolah menengah. Watak Deja memang dull masa skolah menengah dulu. Dulu Deja free hair, rambut deja pendek, memang pendek sampai orang ingat dia tomboy. Cerita dia sebab Abah nak suruh dia pakai tudung, jadi abah kerat rambut dia. Sejak rambut Deja pendek. Deja pun bertukar jadi tomboy. Maksudnya takdelah tomboy, tapi tiba-tiba dia jadi kasar. Macam tu. 
----
“Hoi tomboy.” Satu suara jerit dari jauh. Aku buat bodoh, walaupun aku tahu dia panggil aku. Aku terus jalan laju masuk pagar sekolah. Dah lewat dah ni, aku dah bertugas pagi ni kat kelas.

“woi”  tudia. Azzam. Dia datang tepuk beg aku dari belakang.
kau pehal laju sangat jalan. Lek ah.” Azam yang annoying. Aku rasa nak tampo je dia ni. Menyemak je. Hari aku sepatutnya jadi indah tiba tiba jadi gloomy. Tapi apa aku boleh buat. Azzam ni aku kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia ikut aku masuk sekolah sama dengan aku.

“Azam kau blah boleh tak? Menyemaklah kau.”  Azam mencebik.

“amboi kau. Sejak rambut pendek ni sombong kau dengan aku eh. Aku tahu ah kau makin cute rambut pendek.”  Ujar Azam. Aku hentikan langkah. Sebelum aku bagi flying kick kat mamat ni balik lah aku Tarik nafas dalam – dalam dulu.

“tomboiii tombooiii..” Azam terus menerus ejek aku, argh geramnya. Dia terus langkah lari dari aku, takut kena pukul lah tu. Yelah dia dah pernah rasa dulu aku punya penumbuk dengan penyepak aku masa dia kacau aku dulu. Tak serik mamat nih.

Bukk!! Tudia. Azzam terlanggar seorang mamat tinggi lampai. Jap aku rasa macam kenal mamat ni. 
Bukan dia ni junior ke class 3A?

“hoi. Junior. Mintak maaf lah kau dah langgar.” Ujar Azzam. Azzam ni pun satu, kurang ajar dia memang macam nak mintak penumbuk.

“woi woi.” Azzam terus mencucuk. Dengan tepuk tepuk kepala budak tu. Zap!
Budak tu sentap tangan Azzam, lepastu twist kan.

“kau yang langgar aku, perangai kau macam sampah.” Kata budak tu, aku ternganga.

“aaa..sakittt sakittt. Lepas laahhhh” Azzam merengek.

“aku nak kau mintak maaf jugak dengan Deja, kau ingat perempuan suka ke kalau orang panggil dia tomboy?” soal budak tu. Hah! Jatuh lagi rahang aku. Somehow aku rasa budak ni cool sangat. 
Rambut serabai. Mata sepet sikit. Kulit putih, tinggil , muscular. Pergh memang . budak tu pegang collar Azzam sebab Azzam ni pendek dia boleh tahan, jadi terangkat lah mamat tu bila kena angkat collar macam tu.  Azzam pandang aku , pandang budak tu. Mata aku tak lepas daripada pandang budak tu. Azzam dah gelabah dan bergelut nak lepaskan diri. Kuat betul budak tu.

“okay okay. Aku mintak maaf. Puas hati? Deja aku mintak maafff okay. Now lepaskan akuuu.” Kata Azzam dalam keadaan terpaksa. Terus budak tu lepaskan Azzam. Azzam terus berlari naik banggunan sekolah. Aku masih lagi terkaku. Budak tu pandang aku. Dia garu2 kepala dia yang tak gatal.  Tangan sebelah masuk poket.

“saya Akif. Nama saya Akif.” Kata dia. Dia tak pandang pun aku. Aku silang tangan.

“Okay Akif. Thanks. Tapi jangan buat macam tu dekat senior-senior lain.” Ujar aku terus pergi. Dah lambat. Nak cuci class. Kan ketua class aku bising. Queen control.

Harini abah tak balik rumah lagi. Angah duduk asrama. Aku sorang sorang lagi kat rumah, aku pandang sekeliling. Class dah kosong, kat pandang bising, ada yang main bola ada yang tengah praktis berlari dan macam macam sukan lagi. Tapi aku hanya buang pandangan kosong ke luar tingkat.

PAP!

“owwww!” aku terus menjerit kuat bila ada bola terhentak kat kepala aku. Sakit gila woi. Akif? Apa dia buat dalam class aku. Satu lagi. Dia sengaja ke baling kat aku bola tu?

“ops. Tangan tergelincir. “ kata dia, dia datang kat aku. Kutip bola. Aku diam saja. Letak kepala atas meja. Takde mood nak melayan.

“akak senior. Oo akak senior.” Panggil Akif. Aku pusing kepala. Terkejut aku. Dia tengah tongkat dagu depan muka aku. Dekat gila.

“kau nak apa Akif?” soal aku, budak ni , tiba tiba je dah kenapa.

“jom teman main basketball.” Ujar dia selamba. Sedut sedut air kotak.

“taknak. Malas pergi main sendiri.” Jawab aku. PAP! Dia baling kotak air kosong kat kepala aku.

“Akiff!!” aku tengking.

Tiba2 terus dia Tarik tangan aku keluar daripada class. Disebabkan dia Tarik kuat sangat, aku tak boleh nak melawan.  Akhirnya aku ikut jugak dia pergi basketball court.

“kyaaa..kyaaaa.. Akifff Akifff.” Tudia kat basketball court penuh bebudak perempuan. Junior,aku rasa daripada class dia.

“sorry guys. Jom start.” Akif lepaskan tangan aku. Terus berlari masuk gelanggang. No way. Takkan lah dia semata nak aku datang tengok dia main, dia amik aku kat class.  Sepanjang game tu memang budak2 perempuan ni semua bersorak macam apa je kat bebudak laki yang tengah main. Dia macam dalam drama pulak. Pergh. Konon bebudak laki ni hot lah konon. Tapi. Depa ni budak. Semua budak form 3 budak form2 and form 1. Takde plak senior kat sini. Oh yes. Dorg berlawan dengan senior. 

Aku Nampak Haikal, budak class aku, dia diam je dalam class, tapi dia memang aku tahu dia main basketball kat peringat sekolah. Tak sangka Akif masuk sekali lawan senior. Aku rasa ni mesti nak recruit bebudak baru so senior buat perlawanan nak tentukan sapa yang hebat main boleh join basketball club.

Lepas habis semua bersurai. Akif datang kat aku. Aku rasa memang dia nak berbangga bangga sebab dia terpilih masuk basketball club, lama jugak dia di kerumun bebudak perempuan tu tadi. Aku terus bangun, nak balik lah. Lapar pulak. Tapi rumah takde orang harini, nak makan apa. Nak masak pun rasa takde mood.

“Deja aaa aaa ~~a” Akif panggil dengan nada senada. Rasa nak tampo budak ni. Akif datang dekat aku dia sentuh bahu aku. Pap!
Aku terus bagi penyepak kat kaki dia.

“awww!!” dia mengaduh. Terlompat lompat pegang kaki dia. Aku sengih sinis. Padan muka. Tulah balasanya Tarik tangan aku tadi, sampai merah merah jari aku.

“Deja~~!!” Akif still panggil aku. Aku pusing belakang, pandang dia.

“jom kapel.”



 END of Yieslumikizakari Special

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3