Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, September 8, 2015

Yieslumikizakari Ch.6

Harini hari yang sangat penat. penat sangat. aduhai, dengan bos pun stress , dengan projek tender yang nak kena handle sorang sorang, memang tak larat lah cerita dia. Dengan suasana ofis yang tak habis habis nak argue antara department . Aku pulang terus mandi dan buka laptop siapkan kerja. esok luas dah due. aku sempat buat air milo lagi untuk dinner aku.

Aku pula pelik kenapa suami aku tak balik lagi, rupanya Data mobile aku sudah habis, sebab tu aku tak receive whatsapp.

"Assalamualaikum." satu suara beri salam. aku jawab. mata masih mengadap laptop. Suami aku masih menyandang beg laptop dan tali leher dah takde. butang dah bukak smpai tiga. aku pandang dia,

"awak tak masak ke?" soal dia . aku geleng.

"saya ada kerja lagi ni. sa.." belum aku habis cakap, dia dah pergi masuk bilik. eh eh dia ni, macam dia sorang saja penat. Aku malas nak layan.eh, nanti jadi ister derhaka pula.

aku ikut dia masuk bilik. dia buka baju.

"kenapa?" dia tanya.

"erm, awak lapar ke? saya masak lah kejap." aku cuba pujuk.dia tak pandang pun aku.

"tadi kata sibuk, pergi la buat kerja.saya tak lapar" ujar dia. alah, merajuk pula.

"betul ni? kalau macam tu saya pergi sambung buat kerja." ujar aku. betul. aku memang banyak kerja ni. Dia angguk-angguk.

Hm, entahlah apa keputusan untuk dibuat sekarang. Barang dapur pun takde nak masak, aku tak beli lauk harini. ah, pokoknya semua nya kelam kabut lah. Aku terus kembali buat kerja.

beberapa jam kemudian, aku pelik. senyap je suami aku ni, takkan lah pukul 9 dah tidur. aku cuba jenguk di dalam bilik. dia duduk atas katil , baca buku. cermin mata di tolak.

"dah siap kerja?" soal dia. aku geleng-geleng.

"tapi esok lah sambung, tak larat dah." ujar aku duduk di birai katil.

"okay, kalau macam tu, masaklah, lapar dah ni, maggie pun takpa.saya tolong awak" kata dia. nada gembira di hujung.  aku ternganga.

"tadi awk cakap tak lapar. kenapa tak bagitahuuuu. awak ni." rasa bersalah pulak, patutnya. herm, aku tak boleh lah pulak tengok muka dia, cair. takpa suami sendiri. dok dosa!

"tadi awakkan sibuk sangat. malas lah nak paksa-paksa, nanti awak keluar semua hujan feminsm awak tu. kata perempuan pun penat lah, kerja sama2 penat lah. macam -macam lahhh." ujar dia lagi.  buku dah tutup. dah berdiri pun. aku sengih.

"alah, cakap jelah, boleh tolerate kan. benda boleh bincanggg." aku ikut dia keluar bilik. Tiba-tiba dia grip bahu aku. dekatkan muka betul2 tatap mata aku.

"saya tahu kita dua dua penat. saya tahu. tapi saya lapar, please?" rayu dia. ya Allah. nak luruh jantung ni ha. Rasa bersalah pun terus menyelubngi diri, aku lagi pentingkan kerja aku daripada perut dia. padahal harini memang jadual aku malam ni untuk masak dinner. hm, sedihnya. nak menangis pun ada.

"okay, awk masak megi je, tu maggie curry je. letak telur, dulu awk buat sedapp" pinta dia. aku diam. senyap. Aku capai maggie, bukan apa, bukannya dia tak pandai masak. bukannya dia tak tahu dan tak reti. aku tahu kenapa. sebab dia nak aku yang masak. sebab dah dua malam sebelum ni memang dia saja yang masak. sebab dah dua malam sebelum ni aku balik lambat sebab OT.

tiba-tiba dia usap kepala aku.

"air dah menggelegak sayang, letak maggie tu." ujar dia perlahan.  aku masih diam. masukkan maggie. dlm periuk air menggelegak.

Lepas siap masak, aku teman dia makan di meja makan .

"sayang, awk tahu tak maggie awk lah paling sedap kat dunia ni, " kata dia sambil menyuap ke mulut. berselera sungguh. aku agak sebenarnya dia memang sangat lapar dan penat. Aku pula pentingkan diri. padahal. hmmm. padahaal dia suami aku kot , apa apa hal aku kena utamakan dia walau mcm mana pun.

"halooo..." dia petik-petik jari depan muka aku.

"ha kenapa. tak sedap ke?" soal aku tiba tiba. dia sengih. dia genggam lengan aku.

"its okay, sayang..its okay, tak yah fikir dah. saya tak tahu lah awk fikir pasal kerja atau pasal makan malam ni, tapi saya doakan urusan awak dipermudahkan. " ujar dia lembut. tudia. terus menitis air mata.

"sory. awk sory" tu je aku mampu cakap masa tu.

"thanks, saya lagi suka thanks dari sory." ujar dia lagi. aku peluk lengan dia. mana nak sorok muka, menangis macam apa.

"awak ni, masin maggie ni masuk air mata awak." ujar dia. hulur tisu.

"esok saya masak, jangan risau. awak OT ke esok?" soal dia. aku geleng.

"taknak dah OT OT ni, " kataku teresak.

dia gelak. ketawa sakan.



Sebenarnya aku bergaduh dengan bos pasal tender, bos request nak by this jumaat. padahal baru bagi last week. agak agaklah. ingat keje aku satu ni je ke ? yang dateline lain pun nak kena kejar, Tu lah. kedekut sangat nak hire designer dan visualizer. masalah betul.

pagi tu bos datang tak pakai tali leher.

"Deja, tender. tender." kata dia. aku diam. malas nak bersuara , kang ada pagi pagi ni bad mood.

"Deja."

"apa bos. tengah buat lah ni. nanti dah siap saya bagitau." jawab aku kasar. marah. Bos terus masuk bilik. Aku tahu bos pun rushing, banyak lagi kerja lain dia nak kena settlekan.

"Deja , yang Nilampuri punya projek tu.." belum sempat si Sarimah nak habiskan ayat dia aku dah potong.

"sabar boleh sabar, Nilampuri minggu depan. tender ni minggu ni ada paham?" jawab aku.elok lagi.

"kau pehal nak emo pagi-pagi ni,rilek ah. bukannya matipun kalau kau tak buat." jawab Sarimah. bebel , fuh, panas pulak aku dengan minah ni.

"nah!!" aku campak pelan projek Nilampuri di meja Sarimah.

"woi. apa ni?" soal dia. marah. dia berdiri pegang pelan

"kau cakap tak mati pun tak buat. pergi lah buang " kata aku geram dengan mulut minah ni pagi2 dah buat aku bengang.


"Deja!" Bos tiba2 muncul. aku jeling bos. bukan salah aku.

"saya tahulah awak stress, janganlah nak mengamuk pulak kat ofis ni. " kata Bos. laju. tajam. wah wah. salah aku pulak. Sarimah yang mulakan dulu.

"mana ada mengamuk saya..." belum sempat aku habiskan ayat, bos potong.

"kalau awak taknak sangat buat, tak payah buat. tak payah kerja." kata Bos. masa tu satu ofis diam. satu ofis tenung kami. Bos dan aku. smua takut nak bersuara lepastu, temasuk Sarimah. Aku pusing pandang bos.

"boleh?" soal aku. aku hempas file tender, jalan keluar. suffocated betul rasa mcm lemas nak mati.

"stop! stop right there Deja!" Baru nak naik lif. nak turun, buy some coffee sebenarnya. nak marah pulak bila tak breakfast.

"look!iam sorry okay. dah pergi masuk balik." ujar Bos. aku silang tangan.

"nope. tadi bos cakap tak payah kerja. so then i decided." kata aku angkuh. tak sebenarnya. tak pun. gurau saja. aku saja nak bos belajar dari kesilapan dia. sedap je dia salahkan aku apa yang berlaku tadi.

"stop joking around Deja." ujar bos. sedih.  bos dok sedar diri jugak. macam mana lah aku boleh suka dekat bos nih. Tapi bos nampak macam down jugak lah. Bos senyap, aku pun lif dah nak sampai.

"Bos, belanja coffee jom, lepas ni saya sambung kerja." aku langkah masuk lif. bos tercengang. mesti dia terkejut tiba2 mood aku berubah. haha.

pintu lif nak tutup dah.

"please?" aku buat puppy eyes. Onigaishimas.

Bos terus langkah masuk lif. sengih meleret,

"saya ok kalau bos nak marah saya. tapi saya tak ok kalau bukan salah saya, lagi2 kalau antara saya dengan Sarimah." saja aku bukak cerita pasal tadi.

"erm. maaf. saya stress sikit harini."

"ingat bos sorg?" sambung aku.

sengih. dua2 sengih. yes dapat cofffee free pagi ni. pau roti bakar sekali lah.

END of Yieslumikizakari CH.6







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3