Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, September 17, 2015

Yieslumikizakari Ch.12

What Iam doing here? aku kutuk kutuk diri aku sendiri. Akif kat sini dah seminggu. hampir setiap hari aku lunch dengan dia, dia punya paksa dia macam apa. budak ni tengah rebellious age ke apa? Hari hari aku nampak bos lalu, tapi tak pandang pun ktorg . Bos tak sudi sebab ada Akif ke? haritu kemain rapat dengan si Akif ni, aku tgk dah macam adik dia dah.

Aku tengok akif ni makan berselera betul. dia tak kisah pun mende2 makanan yang terlekat kat celah gigi dia ke, macam manalah dia jaga gigi dia,

"Akif , awk pakai braces sejak bila?" soal aku. masih bermain-main dengan nasi, tiba2 takde mood nak makan. nampak bos tadi.

"eh , dah start berminat dengan aku finally?" kata dia. haih.budak ni, pantang.

"since, lepas grad. "

"bila?"

"lpas grad lah." kata dia.  tiba tiba aku terperasan Bos duduk tak jauh dari ktorg. aku perati je bos makan sorang-sorang sambil scroll tab dia. Sejak kebelakangan ni, aku kurang bercakap dengan bos. bercakap pun bila masa kerja saja. biasa ada jugak aku cakap2 kat dia masa kat cafe ke.

PAP!

"awww!!" aku mengaduh lagi. dasar budak ni. pantang aku nak berangan, termenung berfikir sejenak. ni ketuk dahi aku pakai sudu pulak.

"cakap elok -elok tak boleh ke?" soal aku. geram. aku rebut sudu dari tangan dia.

"Tak payah nak usha sangat bos tu. aku ada kat depan ni usha aku je." kata dia. heh! nak bandingkan dia dengan bos? sory sikit. dia ibarat macam nak bandingkan kambing liar dengan kambing kandang. ahah! dedua kambeng. bagus lah Deja. Bagus.


petang tu aku nampak bos keluar, dah bawa beg semua, aku terus pergi kejar dia sampai dekat lif.

"Bos. bos!" aku panggil. bos macam terkejut.  Bos pandang aku sekilas. terus masuk lif.

"Bos!" aku tahan lif. bos terkejut lagi. banyak nau adegan terkejut.

"knp Deja?" soal Bos. sambil pandang handphone.

"Bos. bos pandang saya, bos tengok saya." ujar aku. Bos pandang aku.

"Bos, saya suka bos. Ari, saya suka awak" ehh, confession di waktu petang. sekian. aku terus lepaskan pintu lif. reflek. Bulat mata bos cuba nak hadam confession aku. dada aku berombak. dada aku sesak. aku tak boleh bernafas, kaki aku lembik. Akhirnya aku cakap. aku cakap. ya Allah.

Aku pusing je belakang. Akif. Dia tenung aku sambil sengih. terus dia melangkah pergi. Dia dengar ke? oh okay. good. yeah. very good. sebab lepasni boleh lah dia stop kacau aku.



"Akif, Projek Sahnur siap dah ke?" soal aku. Akif tongkat dagu.

"cakap kau suka aku dulu." Akif cakap selamba. aku cucuk dia dengan pen.

"cepat lah. jangan nak mengada." main2 pula budak ni. dia hulurkan aku dua keping kertas, bila aku nak capai saja dia terus lepaskan. okay. kertas tu terbang atas lantai.  aku ketap gigi. geram.

"Akif. kutip."

"ops. mybad. tapi sapa suruh kau lambat sangat." Ujar Akif malas. Akhirnya aku kutip jugak.  Bila aku tunduk nak kutip. tiba2 Akif tolak kerusi aku masuk bawah meja. means aku tersekat bawah meja tak boleh keluar. aku tersepitttt. tak guna punya budakk

"Akifffff!!" aku jerit dari bawah meja.

"cant hear you. apa? I love you?" Akif bermain-main. aku kat bawah meja dah menggelapor macam ular kena belit diri sendiri takleh nak lepas.

"Akifff... Akiifffff let me gooooo!!" tiba2 dia lepaskan kerusi, entah macam mana aku tertolak keluar then dahi aku terhantuk kat meja. bamm!! awwww...kenapalah nasib aku macam ni bila jumpa dengan budak niiiiii kenapa budak ni nakal sangattt,  Budak ni kan, selamba je pukul dan dera perempuan. apa kenalahh dia ni. conflict diri ke apa.

" tu balasan sebab confess kat bos." Ujar Akif. perlahan. tapi aku boleh dengar. aku gosok-gosok kepala aku. Akif terus mengadap PC. so maksudnya, Akif dengarlah semalam.

"so you already know lah, siapa aku suka kan..." aku cakap mcm tu, Akif tak respon.

"Apa bagus sangat bos tu? aku lagi handsome daripada dia." ujar Akif. confident ja budak ni. tapi kalau ikutkan. Akif memang sangat ada rupa. handsome gaya. ada style. memang walaupun dia macam budak mabuk tepi jalan. tapi dia ada kualiti, walaupun perangai dia macam criminal, tapi dia still ada gaya dia yang tersendiri. Bos? Bos special sbb basketball dia. wait. Akif pun basketball. Akif of course lagi tinggi daripada bos. even a lot better actually dari segi physical.

wait. apa aku buat. perlu ke aku comparekan Bos dengan Akif. ?


Haritu weekend. sabtu hujan. Abah mintak belikan barang2 nak buat sup. Abah teringin pulak nak makan sup ayam yang aku buat. macam macm lah abah. sebab kedai runcit dekat je dengan rumah aku, so aku pun jalan kaki. walaupun hujan. aku lagi prefer jalan kaki dengan payung.

Masa aku melepasi taman permainan otw balik rumah, tiba tiba aku ternampak sosok tubuh, lelaki, tengah duduk. I mean tengah hujan. duduk macam dalam keadaan orang kecewa baru lepas putus cinta. habis basah baju dia semua, aku terus berlari-lari anak menuju kepada dia. lantaklah lopak-lopak air. nnti demam ke apa. susah. walaupun strangers.

aku terus hulurkan payung.

"nah. jangan duduk bawah hujan macam ni, tak elok." ujar aku. lelaki itu angkat muka. oh mai god. its AKIF. aku gelabah. terus aku payungkan dia,

"Akif. Akif, awak kenapa? habis basah niiii..." Akif diam. dia tak jawab aku soal. dia pandang bawah. muka dia lain daripada biasa. Tshirt tanpa kolar, berseluar jeans hitam,  habis basah. rambut dia menutupi mata dia.

"pergiii. pergiii jangan nak sebok !!" Akif tengking aku. pertama kali Akif tinggikan suara. aku ketap bibir, aku pun dah hampir kuyup. aku terus terik kolar baju dia.

"jommm!" Akif terkejut bila aku tarik dia macam tu, terus dia bangun. menurut segala kat aku. aku pegang baju dia, aku tarik, biar dia ikut aku. payung tu dah tak macam payung dah tak muat pun nak lindung ktorg berdua.

"ya Allah. kenapa ni achikk!" abah gelabah , terus masuk dalam ambil tuala. satu campak kat aku, satu campak kat Akif.  Akif masih kaku.

aku terus capai tuala dia, lap rambut dia. walaupun dia jauh lagi tinggi pada aku. aku still jinjitkan kaki sampai smapi. Akif masih tak berbicara apa apa. kenapa dengan dia agaknya.

"Akif , masuk dulu." Abah jemput. abah pegang tangan Akif , abah bawa Akif masuk. Akif tak teragak ikut jejak abah. Angah muncul bising-bising.

"sapa tu? boyfren hang la tu. pandai duk bawak balik laki skrg..." angah membebel sambil keluarkan satu satu barang yang aku beli. angah tolong ja. aku chef hrini sebab abah suurh. kalau abah tak suruh takdenye aku rajin nak masak.

Hujan makin lebat, tiada tanda mahu berhenti. musim tengkujuh lagipun, hujan selalu turun. di meja makan, Akif ada sekali. abah paksa Akif. dari tadi aku tak dengar suara Akif. kami tadah tangan. Aku angah Abah dia. kami berempat dia meja enam .

"makanlah Akif. ni sup ayam ni. Deja yang masak." abah suruh. tiba-tiba Akif cedok terus sup ayam masuk dalam mangkuk dia. lepastu terus masuk mulut. makan. macam mana dia biasa makan depan aku. mcm orang lapar. tak makan seminggu.

Ini kali pertama aku tengok sisi lain dari Akif yang aku kenal. dia yang aku kenal selalu sombong. suka buat apa yang dia suka saja. dan ikut kepala dia saja. suka membuli. tapi akif kali ni lain, lain sangat. ibarat perwatakan lain. dia tak bersuara pun. lain sangat. Abah pulak macam baik gila layan si Akif ni. aku tak pernah bawak balik lelaki, Akif yang pertama, tu pun abah tak banyak cakap. abah tak tanya sangat pun.



Lepas makan abah biarkan Akif sendirian kat ruang tamu. tivi tak bukak. Akif duduk pandang kosong siling dan ruang tamu. abah sibuk nak cuci motor besar dia.  Aku datang menghampiri Akif.

"Akif, awak tunggu siapa siapa ke tadi?" soal aku. curious. somehow, jauh sudut hati aku Akif kembali kepada dia yang asal.dia yang selalu kacau aku. aku taknak dia yang gloomy macam ni

melihat kepada kondisi Akif. dia macam nak bersendirian. aku baru je nak angkat kaki, Akif dah tarik hujung tudung aku.  hah! ada respond. finally.

"She said. she will be coming, on saturday. on saturday..." kata dia, sayu. lain, nada dia lain.

aku kembali duduk sebelah dia. dia pakai kain pelekat abah. T-shirt pun tshirt lusuh abah. bau abah ada. bercampur dengan bau dia. he smell like him. colonge dia ada. kadang2 aku wonder apa cologne yang dia pakai. aku tak rasa dia bawak cologne tu sekarang.

"siapa Akif? gf awak? mak awak? kawan?" soal aku.

"mak. aku tunggu dia setiap sabtu, since aku 16, mak tak muncul." Akif bicara. tudia. aku takup mulut.  tiba tiba Akif pandang aku.

"which saturday? when? when? sampai bila aku nak kena tunggu?" dia tanya aku. aku kaget kejap. how should I respond thiss?  Aku diam. akutak tahu macam mana nak comfortkan dia,

"So you still can wait. but I cant. Mak already passed away. Mak wouldnt come no matter how long I wait...." kata aku perlahan. Aku gosok gosok peha. sejuk. tadi tak hilang lagi.

Akif pandang aku. lama. Aku senyum kat dia.

"Mana Akifff. come backkkk. comebackkk!!!" aku jerit kat dia. aku baling kusyen. Dia terkejut sikit. sebab aku tiba tiba jerit. aku bangun.

"Aku rasa, aku dah start suka kat Akif yang dulu..." tiba tiba ayat tu terkeluar dari mulut aku. Akif ternganga.


End of Yieslumikizakari Ch. 12

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3