“dia ingat kita culik dia….kasihan dia…. Abang dah baca surat tu??” soal satu suara. Aku dengar, namun aku masih mamai, dan tidak tahu apa yang berlaku.
“dah…nampaknya…dialah orangnya..” ohh,..apa yang lelaki tua itu sedang perkatakan?mengenai aku kah?? Surat mana ni? Tentang aku kah??
Akhirnya aku Berjaya membuka mata. Seorang wanita tua dan lelaki tua tersenyum melihatku. Aku bangun mendadak.
“siapa….pak cik dengan makcik ni siapa??” soalku. Cemas., aku tidak kenal mereka. Mereka senyum lagi.
“ sabar Ana…kamu yang pengsan depan rumah kami… macam mana kami nak biar……” wanita tua itu berkata.
“tapi mak cik pak cik …saya kena pergi dari sini. Terima kasih sebab jaga saya sebelum ini….terima kasih sangat….” Kataku. Entah dalam kepalaku harus mencari encik Farid Imanuddin.
“kamu nak pergi ke mana?? Kamu ada tempat tinggal di kuala Lumpur ni??” soalnya. Betul juga itu. Tapi tak kan lah aku nak duduk di sini,. Menjadi tetamu yang tidak di undang.??
“tapi…..”
“kamu mahu mencari Farid Imanuddin??” soal lelaki tua itu pula. Macam mana dia tahu?? Mereka sengih saja,
Apalah aku ni, aku percaya saja kata mereka seperti lembu di cucuk hidung. Encik Hisyam kata dia kenal dengan Encik Farid, dan katanya Encik Farid keluar Negara atas urusan kerja. Mungkin akan pulang kira-kira lima bulan lagi. Gila apa, tinggalkan anak bini lima bulan.
Entah lah aku percaya sajalah.
Tapi, aku duduk rumah agam ini bukan saja-saja, kerana aku dipertanggungjawapkan menjadi “gadis rumah” atau nama familiar nya ‘orang gaji’ haha…tidak ku sangka.
Tapi ini adalah juga sebagai balas budi kepada Pak cik Hisyam dan Mak cik Ryhanna.
Atau sepatutnya mereka di panggil Dato’ dan Datin. Anaknya, Taufiq Iman. Atau aku boleh gelarkan sebagai ‘nerd’ . yang penting aku dapat kerja seperti biasa.
Ok hari ini hari ke tiga, setakat ini tiada masalah lagi yang melanda, dan aku harap tiada masalah langsung yang akan berlaku, namun sejak kebelakangan ini kelakuan Datin dan Dato’ agak mencurigakan. Kadang-kadang ada saja perbualan mereka mengenai aku, bukan kan aku ini tidak sepatutnya menjadi bahan bualan setiap hari, boleh jadi bosan. Lagipun aku orang gaji semata, tidak lebih dari itu,, aku sedar status aku.
Malam itu. Hanya Taufiq saja tidak turun makan, katanya letih. Datin dan Dato’ makan berduaan saja.
“Ana….nanti awak simpankan makanan untuk Taufiq…kadang-kadang dia tu burung hantu…”
kata Datin Ryhanna. Aku terpaku sebentar. Apa yang di maksudkan dengan ‘burung hantu?’ maksudnya tidak tidur malam? Apalah.
“Baik Datin….saya akan perhangatkan sekiranya dia mahu makan…” sopan saja aku menutur ayat. Agar tidak terlajak.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam, berapa lama lagi aku harus tunggu ni? Tak kan lah sampai pagi baru nak makan. Aku meluru masuk ke bilik . tudung yang melitupi kepalaku selama sehari suntuk akhirnya ku buka.
Ahh..lega.
pandangan ku tertarik pada frame gambar yang berdiri tegak di atas meja solek ku. Aku senyum sendiri. Itu gambar aku bersama Lee. Lelaki cina yang bermata sepet.
Wajahnya juga ala-ala Kim Bum dalam cerita Boys over Flower s versi Korea. Aku tidak tahu apa perasaan ku padanya. Suka kah, cintakah, atau hanya perasaan sebagai seorang kawan rakan dan teman sahaja.
Entah lah.
“tok..!!!...tok…!!!” lamunanku di bunuh oleh ketukan bertalu-talu dari pintu bilik ku. Siapa?? Itu pasti Taufiq atau ‘burung Hantu’ yang kelaparan. Segera aku mencapai tudung bawal ku lalu sarung ke kepala. Cincai saja.
Bukan untuk siapa juga.
“Mak Engkau….!!!” Terlatah juga akhirnya aku melihat dia yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu bilikku. Aku mengusap dada.
“tuan nak makan ke??” soalku bodoh. Dia mengangguk. Kami bergerak kedapur dia membontotiku. Diam saja. Aku panaskan lauk malam tadi iaitu lauk Ayam masak lemak tempoyak dan juga sayur kacang panjang, nasi telah aku panas kan sentiasa. Selepas aku panaskan dan hidangkan dihadapannya.
Aku segera berlalu sambil menguap. Ahh…mengantuknya. Gara-gara kau aku terpaksa.
“nanti….” Aku mimpikah, Taufiq memanggilku. Aku memandangnya dengan pandangan yang membawa maksud ‘apa’. Kemudian dia tunduk. Apahal nya ni. Aku tidak faham. Kemudian aku tidak mengendahkannnya dan terus berlalu.
“tunggu…” apa lagi. Kali ni aku pandang dia. Dia tunduk lagi. Peliknya.
“tuan nak air ke?” soalku. Dia menggeleng. Memangla, air masak sudah di depan matanya. Aku masih hairan.
“habis tu, tuan nak apa??” soalku, macam soal kanak-kanak saja. Dia memandang kerusi di hadapannya. Lama. Oh., mengertilah aku dia ingin aku menemaninya. Ye bagus juga, aku boleh kemas terus selepas dia habis makan.
Aku duduk dihadapannya. Dan memandang dia makan dengan penuh selera sekali. Aii..mataku sudah tidak mahu terbuka lagi. Aku meletakkan kepala di atas meja.
Tuk…tuk…
Taufiq mengetuk meja. Aku mengangkat kepala dan menyepetkan mata. ‘apa’ pandangan saja yang berkata. Kemudian dia kembali makan. Aneh nya perangai dia.
Suka pula orang tengok dia. Kalau aku malu…
Akhirnya dia habis makan. Dia basuh tangan dan aku mengangkat pinggan. Seusai kemas aku ingin menuju ke bilik sudah.
“OOO…pocot….astghfirullah….” aku mengurut dada. Sudah lah malam sebegini,. Dia buat aksi pula. Taufiq berdiri tegak di pintu dapur. Aku mencekak pinggang,
“Tuan…tuan nak apa lagi??” soalnya, soalan ku tidak di jawap,
sebaliknya dia hanya memandang ku saja. Pandangan yang tidak dapat aku terangkan. Entah lah. Sakitkah dia ni.?
“tuan..kalau tak de apa-apa saya nak m asuk tidur ni…. Mengantuk….” Kataku. Dia bergerak sedikit memberi ruang untuk aku jalan.
“aneh…” terkeluar juga dari mulut ku. Aku menggeleng.
“Oii…budak miskin….kau nak kaya tak??” soal satu suara. Athirah berpaling. Seorang lelaki remaja yang bertopi. Athirah takut terus dia berlari.
“oii…tungggu….tunggu lah..aku bukan nak culik kau pun….” Kata lelaki itu. Athirah berhenti. Perjalanan pulang dari sekolah membuatkan dia terbantut dengan panggilan itu.
“senang je nak kaya…..kau jual ni…..” kata lelaki itu lalu memberi beberapa bungkus pil di dalam plastic. Athirah menggeleng tidak mahu.
“alah….jual je kat sekolah kau…jual dekat budak sekolah menengah atas….budak-budak STPM ke….pepandai lah kau…… “ katanya. Athirah mula sangsi. Lalu mengangguk. Lelaki itu tersenyum puas.
“ini pil…. Boleh buat hilang tensyen, kalau makan banyak lagi enjoy…kata kat abang-abang yang ambil peperiksaan boleh hilangkan stresss ….” Katanya Athirah mengangguk. Lalu lelaki itu mengeluarkan not 500 ringgit dan serahkan pada Athirah.
Bulat mata Athirah...
DUIT??........
to Be Continue.....
menarik citer tu...
ReplyDelete