Pages

.:My Dearest friends:.

Saturday, February 6, 2010

Novel: Tirai Tuhanku ep 4



Mendengar Azan subuh yang mendayu-dayu. Mata ku terbuka. Ahh…rasa letih pula. Ahh..jangan malas.,walaumacam mana pun solat subuh harus di tunaikan. Itu adalah fardhu wajib bagi aku sebagai seorang hamba.

“Ya Allah Ya Samii’ ya Bashir Kau yang Maha MenDengar dan Maha Melihat…..aku bersyukur dengan apa yang Kau kurniakan kepada Hamba….setiap detik nafas hamba merupakan nikmat paling berharga buat hamba. rezekiMu terhadap keluargaku melimpah ruah. Ya Tuhan…hamba mohon kepadaMu ya Rahman. Kembalikan lah keharmonian keluarga Kami. Kami masih hina Ya Allah…tidak tahu.. masih Jahil, sesungguhnya KepadaMu kami kembali….”

Seusai berdoa.

Aku keluar dan mengejutkan Athirah dan Akeem. Aku lalu di depan bilik ibu.

Diam saja.

Ibu sudah bangun atau belum. Mungkin ibu sudah keluar ke dapur. Aku melangkah ke dapur.

Tiada.

“ibu,,,,” panggilku. Sekali lagi aku meneriak nama Ibu. Tiada sepi saja. Peliknya ibu kemana pula subuh begini. Aku kembali ke kamar ibu. Pintu masih kunci.. ibu masih tidur .

“ibu…dah subuh ni…” itu bukan rutin ku tapi sekali sekala sahaja.

“Ibu….??” Panggilan ku tidak di jawap seperti biasa. Hatiku resah.

“Akeem……Akeem…” teriakku, segera aku bergerak ke bilik Akeem, aku lihat dia baru saja memberi salam kedua solat subuh. Aku segera tarik tangannya.

“apa ni kak Cik??” soalnya tersentak dengan tindakan aku. Aku membawanya di bilik ibu.

“cepat pecahkan pintu nie…..” pintaku. Terbeliak mata Akeem. Wajahku masih serius. Aku benar- benar tidak sedap hati.

“kenapa??” soalnya.

“sekarang…!!!” arahku kuat. Akeem mengangguk lalu mengambil posisinya. Akhirnya tendangan kuatnya Berjaya membuka pintu. Kami lihat ibu masih baring dengan selimutnya. Aku menghampirinya

“ibu…ibu bangun bu…” aku memanggilnya. Hairan mengapa tiada reaksi. Aku memegang dahinya.

“ohhh….” Aku terjerit kecil. Akeem hairan.

“kenapa kak??” soalnya. Aku masih tergamam. Entah apa yang aku fikirkan aku tidak tahu. Fikiran ku melayang. Akeem sendiri menyentuh dahi ibu.

Dia tersentak.


“ibu…ibu….” Akeem mengoncang tubuh ibu sekuat hatinya. Aku sudah tidak tahan, air mataku mengalir laju, aku sudah agak apa yang terjadi. Aku sudah tahu aturan Allah.

“Ibu………………….!!!!!”

Di ruang tamu rumah ku semakin sayu dengan alunan surah Yassin dari mereka yang simpati akan keluarga ku. Mereka membawa hati yang suci kerana kasihan kan anak yatim piatu seperti kami. Aku mendakap erat Athirah yang tidak henti menangis.


“kak cik…kita dah tak dan siapa…….” Kata Athirah dalam sedunya. Aku senyum hambar,


“Kita ada Allah Tira…..Allah…” ya Aku tidak ragukan kata-kataku, aku yakin itu sebenarnya kasih sayang tidak pernah akan mati. Langsung tidak akan aku ragukan.


Dari jauh aku lihat kelibat Lee muncul. Wajahnya sugul, aku tahu Lee pasti sedih juga, Lee, aku juga sedih.

Selepas jam 3 petang, ibu selamat di kebumikan. Aku kesunyian, ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Satu-satunya wanita yang membesarkan aku dengan segala keringatnya. Dari jauh aku lihat abang Long dan kak Ngah. Aku tidak tahu bagaimana perasaan aku. Benci?? Marah?? Menyampah, rindu?? Membiarkan aku dengan adik2 hidup sendirian tanpa ibu.


“acik…” panggil abang long. Aku tidak berpaling. Aku tahu apa abang Long ingin cakapkan. Tiba-tiba Abang Long sentap tanganku. Sakit.


“apa ni.!!!” Aku pula menyentap kasar.

“dengar sini….along nak bincang pasal tanah ni…..” katanya. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“abang long ni anak jenis apa ha??oh..mari acik teka, gila kuasa?? Gila harta?? Tau lebih jelas lagi derhaka??” soalku kasar. Pap….!!! Satu tamparan tangan kasar itu di wajahku. Aku memegang muka ku yang masih panas.


“tak cukup dengan ibu meninggal….abang long nak acik meninggal??haa..?? silakan…silakan…acik pun tak sanggup hidup kat dunia ni sebagai adik seorang lelaki macam abang long ni…..tak guna…..!!!” makin kuat aku menghamburnya,

“Oiii….Diam boleh tak…..!!!!” dia menengking ku, tak kira ini kawasan perkuburan atau tidak. Abang long tidak bertindak dengan matang.

“hoi…korang berdua sedar tak ni….ini tanah perkuburan….”kak ngah datang menjadi heroin diantara kami.

“kalau apa-apa hal pun..urus di rumah…” kak Ngah sambung lagi. Kemudian dia menghampiri aku,

dan memandang abang Long.

“along..jangan risau…budak kampung ni tak hak dalam warisan tanah….”kata kak Ngah, aku tergamam.

Aku senyum sumbing.

“kasihan…sorang dapat kedai runcit….sorang lagi dapat kebun…alahai…..untungnya…..” aku mula menyimbah minyak ke dalam api. Kak Ngah menghampiri aku,


“jadi..kau rasa tanah tu kau yang punya Ana??jangan perasan la…selagi surat warisan itu tak ada dengan kita,…tanah ni akan jadi milik abang long….” Katanya. Aku terpaku. Surat wasiat??pada siapa?adakah mereka tahu.


“tunjukkan aku surat wasiat ayah….baru kau ada hak dalam tanah ni…” aku diam. Kini baru aku tahu bukan senang nak pertahankan hak ayah. Atau hak aku sendiri, bukan aku tidak mahu kongsi, tapi lihatlah betapa rakusnya mereka inginkan harta ayah. Aku tidak sanggup serah diri begitu saja.

Hak wasiat perlu aku pertahankan. Tapi bagaimana aku nak cari bukti. Peguam yang ayah guna juga aku tidak tahu.


Aku lihat kak Ngah dan abang long masing masing pulang dengan kereta mewahnya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyebutnya. Tapi, aku
lihat Athirah dan Akeem masih bersama tangisannya. Kami akan pulang bersama nanti. Aku hanya perhatikan mereka dari luar. Aku perlu cari kekuatan,


“erk…Ana…??” sapa satu suara. aku mengesat air mata sebelum perpaling ke empunya suara,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3