Aku hanya di bekalkan nama dan Bandar kediaman Encik Farid sahaja. Selebihnya aku tidak tahu. Tapi aku tidak boleh awal2 putus asa. Nanti tanah milik ayah tiada siapa pertahankan, malah hanya di pergunakan.
Ya Allah yang Maha Memberi Petunjuk, berilah petunjukMu, kerana aku tidak tahu mana aku mahu cari. Tunjukkanlah kepadaku dimana Encik Farid….”
Laparlah pula.
Aku singgah di sebuah kedai makan. Bersih juga, tapi pasti mahal. Akhirnya aku ambil keputusan pergi ke kedai runcit sahaja membeli roti. Selagi boleh jimat aku akan jimat. Sedang aku ingin membuat bayaran.
Tiba-tiba seorang lelaki yang beratur di hadapan aku mencelup poket lelaki tua di hadapan nya. Aku kaget. Perlahan saja dia bertindak sehingga lelaki tua itu tidak sedar akan dompetnya di curi.
Aku tak boleh biarkan,
Semasa lelaki itu ingin lari. Aku menahan kakinya, dan memukul kepalanya dengan botol air “hundred plus” . buk..!!! ohh,.,.,pasti sakitkan/..itu belum lagi hokum potong tangan.
Kelihatan lelaki itu pengsan. Ye la, aku pukul bukan sekali, malah sehingga lunyai kepalanya.Aku segera mencapai dompet itu dari tangannya yang memegang kemas. Semua tergamam memandangku. Termasuk orang yang lalu lalang di hadapanku.
“nah pak cik…ini dompet pak cik….” Aku menghulurkan. Pak cik itu kelihatan tergamam. Dan menerima pemberian aku dengan terpinga-pinga. Selesai aku membayar makanan yang aku beli. Aku segera keluar. Aku hanya membawa beg galas saja. Bagi aku leceh untuk membawa beg balik kampung ataupun beg roda.
Itu memenatkan saja dan mudah kena curi.
“cik…cik..” panggil satu suara. Aku berpaling. Oh pakcik tadi.
“terima kasih ye ….terimalah ini….” Kata pakcik itu. Dan mengeluarkan not 50 untuk ku. Aku tergamam. Banyaknya nak bagi.. walaupun aku perlukan sangat tapi aku tak perlulah ambil.
“tak payah lah pakcik…kalau orang lain pun saya tolong juga….” Kataku lalu melangkah pergi. Sekarang ni, ingat semua keikhlasan boleh di beli dengan wang saja ke? Itu lah manusia sekarang.
Tidak tahu nilai kemanusiaan.
“tapi…apa yang boleh pak cik lakukan kalau nak balas budi kamu??” soalnya. Aku sengih. Mana mungkin senang saja aku menerima pertolongan orang yang aku tidak kenal kat dunia metropolitan ni. Huh…bahaya tuh.
“tak payah lah lagipun saya ada kerja ni….” Kataku lalu terus berjalan dengan laju, takut nanti di ekori pula.
Keadaan semakin malam , aku tidak tahu kemana harus pergi. Tak kan aku nak duduk je kat surau ni, dah lah menakutkan , aneh…kawasan perumahan ini semuanya besar-besar. Banglow, masing-masing ada banglow dan ada beberapa buah kereta. Malah siap ada laman yang besar sekali. Tapi, waktu solat hanya beberapa orang sahaja yang muncul inilah manusia yang lalai dan lupakan tuhan. Ahhh…jangan sangka buruk dulu, pasti mereka bukan dari kalangan orang melayu mahupun islam, pasti ramai China dan India.
Aku melangkah keluar.
Ahhh sejuknya.
Solat jama’ sudah pun aku selesaikan. Kini aku mahu kemana. Aku terus lagi melangkah,. Alangkah bagusnya sekiranya, aku jumpa Encik Farid Imanuddin tu, dah tentu aku akan pulang kerumah malam ini juga. Tapi inilah ujian buatku.
Aku kena menjelajah seluruh Bandar ini. Mudah nya,..huhu,,,,,
Tiba-tiba hujan lebat. Aku tak tahu harus kemana, tak tahu………
“Tu lah abang…bahaya tau..lain kali hati-hatilah sikit…..” kata Datin Ryhanna. Dato’ Farid diam. Malah lagi memikirkan kejadian siang tadi.
“kat k.l ni…ada lagi ke perempuan macam tu??” soal nya sangsi. Dari tadi lagi Taufiq melihat wajah papanya dan tekun mendengar cerita papanya.
“Fiq rasa…mungkin ada…atau segelintir saja…” dia mencelah. Dato’ Farid memandang anak lelakinya bongsu.
“entah lah….papa rasa mungkin dia ni lain dari yang lain….” Katanya. Akhirnya meja makan itu sunyi saja,
“dah siap ke persiapan untuk ke kolej Fiq??” soal Datin Ryhanna. Taufiq mengangguk. Dia menolak cermin mata berbingkai tebalnya.
“semua dah siap ma….” Jawapnya. Dalam hati Datin Ryhanna, dia letih memikirkan keadaan Taufiq bila di sana, kerana dia langsung tidak pandai bergaul. Malah kawan baik langsung tiada. Semasa di sekolah kerjanya hanya mengulangkaji saja. Dia hanya berkawan dengan buku saja. Malah apa lagi di risaukan. Anaknya itu bukan seperti remaja lelaki yang lain, suka berjalan dengan kawan-kawan. Tapi dia, sudah duduk dirumah saja. Mengemas rumah.
Atau bercucuk tanam, berbeza dengan anak remaja zaman kini.
Namun dia sangat bersyukur di kurniakan anak lelaki begitu unik ini,. Pendiam, senyuman juga sukar di keluarkan. Tiada komunikasi dengan masyarakat luar. Walau apa pun. Taufiq memang seorang anak yang taat sekali, dengan ibu bapa tidak pernah mungkar, apatah lagi dengan Allah, dia yakin anaknya anak yang sangat soleh.
Ke esokkan harinya, seperti biasa Taufiq akan keluar berjogging dengan papa dan mamanya. Mereka pasti mengamalkan amalan keluarga sihat. Sewaktu membuka pintu pagar besarnya Taufiq terkejut melihat satu lembaga yang
sedang baring di hadapan pagarnya.
“mama…papa…!!!!” teriaknya. Lalu datanglah Dato’ Farid dan Datin Ryhanna. Ternyata mereka tersentak.
“astarghfirullahh…siapa punya kerja ni..buang mayat disini??” soal Datin Ryhanna. Dato’ Farid duduk. Dia macam kenal saja empunya badan. Tiba-tiba dia teringat itu.
Gadis itu yang membantunya.
“itu…itu…dia…memang dia…” masing-masing memandang Dato’ Farid.
“siapa….papa kenal??” soal Taufiq pula.
“budak ni…yang bantu….yang bantu papa….” Kata Dato’ Farid Cemas. Lalu merasa di pergelangan tangan gadis itu. Masih hidup.
“masih hidup ni…cepat bawa masuk….” Akhirnya mereka sama-sama mengusung gadis itu. Badannya panas sekali. Masing-masing cemas dengan kejadian yang tidak di jangka itu.
Aduh…sakitnya kepala aku. Kenapa rasa lemah badan saja ni?? Semalam aku tak sedar. TAK SEDAR??. Aku terus bangun mendadak dan melihat di sekelilingku. Hairan/.. tempat apa ni? Seperti bilik tidur. BILIK TIDUR?? Aku terus bangun dan melompat dari katil, kelihatan ada kain yang jatuh di dahi ku.
Aku demam kah??semalam aku rebah dalam hujan.aku menuju pula ke pintu keluar bilik itu. Sebaik saja aku tekad kan niat untuk lari. Aku tertembung dengan satu kelibat.
Sorang lelaki yang memakai cermin mata berbingkai tebal. Dia memandang aku tepat. Ahh baru aku perasan aku tidak bertudung. TIDAK..MARUAH AKU.
Aku terus berlari darinya dan menuju kepintu utama. Hampir saja aku sesat. Rumah nya terlalu besar.
“Nanti….!!” Suara itu datang dari lelaki tadi. Badanku terketar-ketar. Ditambah lagi dengan keadaan ku yang demam dan lemah badan. Aku masih
perlu selamatkan diri ini . aku tidak hiraukan panggilannya lalu cuba membuka pintu utama itu. Tapi kunci. Kunci…macam mana ni. Dah lah pintu ini mewah, entah dimana tombolnya juga aku tidak tahu,
“hey…lepas kan aku sekarang….” Lelaki itu semakin hampir dengan aku. Hampir lagi.
“jangan dekat la…..aku bagi tumbukan baru tahu…”..aku menunjukkan genggaman lima jari tangan kanan ku. Dia kaget.
“sekarang kau bukak pintu lepas kan aku sekarang….” Aku mula mendesaknya. Aneh, wajahnya seperti tidak ada apa-apa reaksi pula. Dia ni faham ke tidak?? Penculik apa ni.
“heh..penculik..kau jangan nak buat muka blurr depan aku…..kau dengar tak/….??” Desak ku lagi. Dia diam saja.
“tapi….kami bukan nak culik kamu….” Lelaki itu berkata perlahan.
“habis..kalau bukan culik apa?? Macam mana saya boleh ada dalam rumah ni….semalam saya bukan di sini….” Kataku lagi. Dia lagi senyap.
“Fiq…kenapa nie….eh..kamu dah sedar Ana Husna??” soal seorang wanita dalam lingkungan 40-an. Wajahnya masih kelihatan licin. Biasalah orang kaya. Melihat perwatakannnya aku terus jatuhkan tangan. Mana mungkin mak cik sebaik ini nak culik aku.
Gila apa.
Hai…tapi..apa sebenarnya yang berlaku ini?? Jadi pening aku. Kepala aku semakin berdenyut-denyut. Pandangan mataku semakin kabur.
“Ana…kamu tak apa-apa??” soal wanita itu. Aku ingin balas bahawa aku ingin keluar dari sini. Wajah Akeem dan Athirah menari-nari dalam tubir mataku. Tapi…semuanya gelap. Aku hanya dengar satu teriakan.
“Ana….abang….abang cepat………!!!!”
tuhan selamatkan lah aku.........
continue later/...
saya tak faham la citer ni..
ReplyDelete