Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, February 7, 2010

Novel: Tirai Tuhanku ep 5





Lee??

Dia tersenyum hambar saja. Aku menyeka air mata yang terjurai.

“Lee…kau tak balik lagi?? Esokkan kau kena bertolak…pergilah bersiap sedia…” kataku lalu mengalihkan pandangan dari wajahnya. Lee diam, tidak berganjak, aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya.

“Ana….kau macam mana Ok??” soalnya. Aku senyum Ikhlas. Aku dah redha.

“aku Okey..kau jangan lah risaukan aku….aku kan kuat….!!!” Kataku sambil membuat aksi seperti menunjukkan otot-ototku walaupun memang lah aku tidak sekuat itu.

“Ana…kau simpan ya….” Kata Lee lalu menghulurkan aku satu kotak kecil berwarna hijau muda. Dan ada rebennya yang berwarna hijau tua. Cantik.

“Tapi Lee….” Aku mencari kelibatnya, sekelip mata dia sudah lesap begitu sahaja.

“Lee..” aku hanya memanggil sendiri. Aku cuba buka kotak itu. Aku kaget. Satu cincin Jed. Berwarna hijau muda. Seperti yang aku pernah lihat Lee memakainya.

“cincin apa kau pakai tu Lee…nampak pelik lah…” aku menyoal Lee yang sedang mengulangkaji Fizik bersamaku. Dia sengih saja, macam ada makna.

“ini cincin warisan keluarga aku…..biasalah orang cina macam kami, percayakan batu jed ni akan membawa tuah….” Katanya. Aku hanya mengangguk. Sebagai seorang muslim tidak perlulah aku percaya pada perkara seperti ini., Namun,

aku hormat Lee sebagai sahabat yang beragama lain. Lee berbeza dengan warga lain. Bahkan dengan melayu sendiri dia lagi baik. Apalah nak jadi kan.??


“kau suka cincin ni??” soal Lee tiba-tiba. Kalau pandang, memanglah cantik. Tapi.. benda tu sangat besar ertinya buat Lee.

“suka…cantik la jugak…..”kataku. dia mengangguk dan tersenyum.

“dah la….esok ada kuiz…baca buku tu….” Lee memesan aku. Yelah sedang ulang kaji tiba-tiba Tanya soal cincin yang dah berkurun dia pakai.

Haha…..ada saja alasan aku tidak mahu ulangkaji.

“Kak Cik??” lamunanku terus mati mendengar suara sebak milik Athirah. Aku memandang mereka. Cincin jed di tangan, aku simpan kembali ke kotak. Syukran Lee.

Semoga Allah memberi kau hidayah dan taufiq nya.

Malam itu. Aku terdengar kak Ngah bertekak dengan Abang Long . aku malas mahu mengambil tahu. Aku menuju ke kamar ibu. Haruman ibu menusuk hidungku.

Seolah-olah ibu masih ada.

Aku rindukan ibu.

Rindu sangat, aku memerhati segala frame gambar dalam bilik ibu. Sebelum ini aku belum pernah jejak ke bilik ibu. Ada gambar kami sewaktu kecil. Langkah indahnya zaman kanak-kanak. Hubungan kami masa itu masih baik. Ada gambar arwah ayah dan arwah ibu bersama.seandainya ayah masih ada.

Pasti ibu tidak keseorangan. Dan aku pula tidak perlu berkorban lanjutkan pelajaran. Tapi...Ya Allah, aku tidak mampu persoalkan ‘mengapa’ kerana itu rahsia Allah dalam kehidupan manusia.


Aku membuka pula laci almari lama ibu. Aku terlihat satu sampul surat putih. Ada namaku?? Aku terus mencapai. Rupa-rupanya surat dari university Oxford. Oh tidak. Sebenarnya ibu tahu aku terima tawaran itu. KENAPA BU….. tiba-tiba rasa membara dengan ibu. Tapi. Aku lupakan amarah itu, biarlah. Aku yakin ALLAH punya agenda tersendiri untuk aku. Aku redha.
Aku terus membuka laci kedua. Kali ini ada sampul surat coklat, aku tidak teragak-agak mahu membuka. Ada surat tulisan tangan.

Kehadapan Imah…
Entah kenapa abang rasa mahu menulis surat ini, mungkin ajal abang dah dekat. Itu Abang tidak tahu. Hanya Allah yang tahu. Abang nak Imah tahu, abang sayangkan Imah selamanya,. Sehingga hujung nyawa. Terima kasih kerana berikan abang zuriat yang cantik dan tampan. Imah jagalah anak kita sebaik mungkin. Along ada kemahiran dalam bisnes, manakala Angah mahir dalam bidang kreatif. Acik ada satu kelebihan yang abang tak mampu ungkapkan, tapi dia berbeza dengan anak kita yang lain. Jangan sia-siakan acik. Manakala Akeem ada kemahiran dalam membaiki mesin. Apa juga mesin dia mampu, dan Athirah unik, dia mampu melukis dengan baik. Itulah Anugerah yang Allah hadiahkan buat anak kita, abang bersyukur sangat.
Imah,
Abang dah tulis surat wasiat. Semuanya sudah ada hak masing-masing. Dan abang bagi dengan Adil sekali. Along akan dapat kebun abang, kebun yang menyara keluarga kita selama ini. Abang bagi kebun kerana dia tahu berbisnes dan dia pasti pandai mengendali kan kebun itu. Angah pula akan dapat kedai runcit di kampung sebelah, itu milik abang tapi orang lain yang bekerja di sana. Angah pasti suka, dia boleh gunakan untuk kerjayanya. Acik…akan dapat tanah yang Imah sedang berdiri kini. Apabila sampai umurnya 18 tahun, hak tanah akan sepenuhnya berdaftar di bawah namanya. Cuba Imah lihat apa dia akan lakukan. Jangan halang, lihat saja. Abang ada firasat padanya. Manakala Akeem akan bantu along dalam bisnes dan Athirah, membantu angah, jika digabungkan mereka, pasti mantap.tapi Imah, anak-anak kita tidak akan tahu hak kita selagi tiada saksi dan bukti. Imah carilah seorang peguam seorang berumur 55 tahun, namanya Encik Farid Imanuddin bin Razali, dia tinggal di Bandar Cheras. Abang tak ingat pula. Nanti abang bagi tahu kalau sempat. Imah, cukuplah sampai sini. Abang sayang keluarga abang.
Salam sayang.

firdaus


surat itu aku lipat.

Air mata sudah bergenang dari tadi lagi.

Aku rindukan ayah. Rindukan ibu.

Allah sudah ambil apa hakNya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, aku hanya meminjam mereka, aku duduk di birai katil ibu. Macam mana ni?apa aku nak buat bila ibu tiada, aku lah yang harus masak, menyara persekolahan Athirah dan Akeem, dan menjaga rumah ini. Akan ambil alih jahitan ibu. Tidak.. tanggungjawap ini tidak berat. TAK BERAT.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu, kata-kata kak Ngah siang tadi.


jadi..kau rasa tanah tu kau yang punya Ana??jangan perasan la…selagi surat warisan itu tak ada dengan kita,…tanah ni akan jadi milik abang long….” Katanya.


Kak Ngah benar benar maksudkannya. Dan aku tahu caranya.
“tunjukkan aku surat wasiat ayah….baru kau ada hak dalam tanah ni…” aku diam.


Ya aku tahu bagaimana mahu cari
“Mak cik..Mak cik tolong jaga Athirah dan Akeem, sekejap saja..dalam dua tiga hari. Nanti saya pulang, saya akan ambil…” kataku pada Mak Jah. Mak Jah senyum. Sememangnya dia sangat simpati pada k eluarga kami, dan dia merupakan kawan baik ayah dan ibu sewaktu sekolah menengah lagi.

“jangan bimbang AnA…pergilah dapatkan hak kamu, mak Jah sokong kamu dari belakang, jangan putus asa Ana…….kamu kena teruskan hidup …” pesan Mak Jah.

Aku mengangguk. Moga-moga semuanya dalam keadaan baik saja. Aku percayakan Mak Jah.

Aku perlu kekuala Lumpur. dan cari Encik Farid Imanuddin. Alhamdulillah..wang hadiah kecemerlangan ku masih ada, itu sajalah yang dapat menyara aku disana. Aku bukanlah jahil sangat bab Bandar ni. Aku masih boleh bersendirian. Dan berdikari disana. Yang penting aku perlu ke
Bandar Cheras. Dalam matapelajaran sejarah ada cerita tentangnya.

“haiya,,,,kenapa lu baru mahu bertolak hali ini ma?? Semalam si Lee itu sudah pergi Kuala Lumpur……Lu nie…..tapi tak pa…biar gua tolong Lu…..” kata Apek itu. A.k.a. ayah kepada Chan Lee Sin. Orang panggil dia uncle Chow.

Tapi aku panggil Apek. Kerana sejak dari dulu aku kenal dia aku tidak tahu namanya. Kini baru aku tahu.
Kami pergi ke stesen bas berdekatan di luar kampung. Ya Allah Ya Hafidz ya Muhaimin, semoga Kau selamatkan adik beradik ku dan selamatkan lah Jua perjalananku.

Kuatkan lah aku jika Kau berikan aku cobaan, aku rela ya Allah, di Uji oleh Mu, Cuma,,..berikanlah aku kekuatan dan keyakinan.
“nah…Itu bas lu..lu pergi naik saja, jangan lupa baca segala signboard yang ada di tepi jalan……nanti lu sesat siapa payah??lu sendili la….” Katanya. Aku tersengih saja,


“thanks Uncle…jaga diri baik-baik tau…” pesanku. Lalu terus memanjat tangga bus yang menuju ke kuala Lumpur. aku rasa perhentiannya di Pudu raya, senang lah,..kerana dengan itu lebih cepat aku sampai ke Bandar Cheras.

Sejauh tujuh jam perjalanan,aku akhirnya turun di Kuala Lumpur kini. Aku agak kaget., kerana terlalu ramai orang dan sangat sesak sekali. Sehingga aku tidak boleh Nampak lantai. Inikah yang di namakan kuala Lumpur.??

Dari mana aku mahu mula mencari??

TO BE CONTINUE..LOVE THIS..PLEASE COMMENT...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3