Pernah hati ini terguris, dengan fitnah dan tomahan menghiris...
sehingga terasa diri ini hina...
hingga tiada siapa yang sudi membela,
ku tabahkan hatiku harungi hidup...
biarpun tiada siapa yang menemani...
keseorangan aku di lautan sepi...
di tinggalkan mereka yang ku percayai....
dalam hidup ni..ade mende yang kita suka..ada yang kita tak suka. dan tidak semestinya yang kita suka, baik untuk kita, dan,..yang kita tidak suka. tidak baik untuk kita.
Post kali ini, saya ingin bercakap tntang diri saya, kenapa? saya yakin, ramai yang kenal saya...sama ada kenal 'gitu-gitu' je ke..atau memang kenal 'sgt' , tapi yang pastinya kenal tu, memang akan kenal dengan perangai saya sebenarnya macam mana,...
"gila-gila"
"childish"
"hyperactive"
"happy-go-lucky"
Macam2 gelaran yang kawan2 bagi pada saya.. But ingin sangat saya katakan..
This is my real attitude, sama ada buruk pada pandangan anda atau sebaliknya , ia tetap saya. aku tetap aku, walaumacam mana pun berlaku.
Dulu, seorang manusia pernah tegur saya, "awak ni macam budak2 la.....matang la skit"...saya nak tanya anda..
bagi anda..matang tu macam mana sebenarnya?? adakah hanya duduk diam,,,sopan....atau ntah la...tetapi sebenarnya perspektif setiap insan sangat berbeza..kadang2 perbezaan itu boleh timbulkan pertelingkahan jika tiada persefahaman.........
Saya sebagai seorang remaja, memang sensitif, saya tahu itu, namun siapa anda hendak menghukum saya ini seorang yang akal pendek?seorang yang hanya tahu main-main? hanya seorang yang tahu bertindak ikut emosional semata-mata??
Anda pernah terfikir tak,kalau anda bertindak sedemikian pada mana-mana remaja, saya yakin, tak ada seorang remaja pun suka kan anda. kerana dengan cara ini anda fikir, andalah paling matang, anda lah tahu segala-galanya kerana anda lebih "besar" dari remaja.
Ya saya tahu,..ada dikalangan anda yang sedang membaca akan berkata. "budak ni emo.sgt ..tegur sikit pun tak boleh "
tapi..ingin saya lampirkan petikan daripada blog nisa' Gombak tentang Akhlak Rasulullah dalam menegur..
CARA MENEGUR OLEH RASULULLAH SAW (SBG KUDWAH HASANAH)Firman ALLAH swt
dalam surah an-nahl, 125;
'Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…'
Merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan da’wah serta memberi nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan berstrategi.
Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat da’wah jauh dari realiti dan tidak terlaksana.
Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat.Sirah Rasulullah saw mencatit pelbagai peristiwa teguran Rasul kekasih ALLAH swt ini kepada orang yang berbeza dengan kaedah berbeza.
Masih ingat kisah seorang lelaki yang datang meminta izin baginda untuk berzina?Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah saw mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu:
“Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka juga tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”
Itulah dia antara uslub atau kaedah Rasulullah saw menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering memandang enteng tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim?
Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.
Malah ALLAH Az Zawajalla sendiri berfirman;
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.-Ali 'Imran:159
Dan rasulullah bersabda;
المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya
Khusus buat semua insan yang mengenali saya....
ketahuilah, saya sebenarnya bukan 'tertutup' dalam menerima teguran, tetapi saya ini hanya manusia biasa, apalagi dikurniakan emosi. Fahamilah dahulu sebelum menegur.
Anda tidak berhak mengatakan saya ini "ala..dia kecil lagi tak tahu apa2" apalagi dengan kata2 "dia tidak mampu berbuat apa-apa"..."alah..kamu tak faham lagi...." itu cukuplah membuat saya sangat benci kepada anda. Maaf saya katakan, kerana ini anda telah MENGIKTIRAF diri anda sebagai MAKHLUK PALING HEBAT. ini namanya perlekehkan org. dan merendah-rendahkan ,martabat orang....
BUat kakak2, abang2, makcik2 pakcik2,...or sahabat sahibah semua,
Anda bukan tuhan hendak tentukan saya ini layak menerima teguran anda atau tidak. Anda juga tidak mampu mengatakan "eleh tegur sikit meleting..."kerana anda bukan pemilik hati saya. Ummi saya ajar, kalau mahu menegur seseorang, hendaklah minta kepada PEMILIK HATI INSAN ITU.....biar Allah yang tentukan....anda cuma INSAN sahaja.
Jadi jangan anda hairan dengan perangai saya seperti ini duhai sahabat.....kerana sebagai SEORANG DA'IE..anda akan berhadapan dengan jutaan perangai seperti saya, malah ada lagi dahsyat dari binantang....
Ingatlah, dan berwaspadalah ketika menegur ...bukan saya sahaja. bahkan orang yang paling rapat dengan anda juga. kadang2...
Ibu boleh terpisah dengan anak...
kawan baik juga boleh terputus.
org yang kita suka boleh jadi benci.
Jadi,..hati-hati dengan QALAM anda...ia mampu membunuh UKHWAHFILLAH yang di bina,
remaja sekarang sangat sensitif dengan teguran, kerana mungkin hatinya dihijab, tapi oleh itu anda PATUT, cuba cara sehikmah mungkin.Memang tugas kita adalah 'amar ma'ruf nahi muNgkar' jangan dengan tindakan anda yg tidak seberapa 'hikmah' tu memburukkan imej islam itu sendiri.
Sekali lagi saya inGatkan....
Ini hanya pandangan peribadi saya, apa yang saya tulis untuk diri saya sendiri dan anda juga, kalau anda rasa tidak mampu menerima, silakan..sAya Bukan TUHAN,....Saya insan lemah...namun, bagi saya ia penting untuk seseorang yang rasa dirinya sebagai DA'IE..
Andai ada sesiapa yang mempunyai Nasihat atau teguran yang munasabah..sila lah tegur dengan berhikmah,.kerana...saya ini terlalu lemah dan senstif...maknanya bukan tidak boleh terima langsung. but... saya cuba untuk faham anda....TEGURLAH ATAS PERASAN SAYANG, BUKAN TIDAK PUAS HATI.
Maaf andai terkasar bahasa...yang kuat dari Allah...yang lemah dari saya..hakikatnya..kedua-dua dari Tuhan saya......
wassalam...
No comments:
Post a Comment