. Aku senyum aku cam dia, dia Mila. Sahabat ku di kampung. Kami berpelukkan sejenak. Sudah tentulah Taufiq terpana sebentar memandang kami,
“eh…macam mana kau kenal Taufiq ni??” soalnya.
“aku… orang kerja di rumah dia…” jawapku jujur. Ternyata Mila terkejut dan terus memandang Taufiq. Pandangan yang aku tak bisa tafsirkan.
“ehh..jom..memandangkan kau sahabat aku dunia akhirat. Jom.. duduk kat tempat istimewa…jom Taufiq…kau juga……” pelawa Mila.
Selama dua Jam kami disana, macam-macam persembahan di lakukan. Kami turut mendengar pelbagai penjelasan panjang lebar dari Mila. Sudah lama aku tidak jumpa Mila. Dia tak banya k berubah, tetapi dia makin professional. Membuatkan aku cemburukan dirinya. Yang Berjaya menjejak ke menara gading ini.
Majlis belum selesai tetapi Taufiq meminta agar kami pulang dahulu. Faham lah aku kerana teringatkan pesanan Datin supaya jangan terlalu lewat.
“tak pe…nanti jumpa lagi…… aku di rumah Taufiq saja…” aku bersuara. Mila tersenyum kelat. Aku menyentuh bahu nya.
“jangan bimbang, aku dengan Tuan Taufiq tidak ada apa-apa…” kataku, kerana aku lihat dari tadi wajahnya bimbang saja. Ternyata dia tersentak.
“hey…apa kau cakap ni….apa kaitan dengan aku…..nak bimbang buat apa…” katanya. Berdalih, tapi pandangan lirih matanya kepada Tuan Taufiq aku.
“tuan..jom…” seusai kami bersalaman . aku dan Taufiq melangkah ke dalam kereta.
Macam biasa diam dan sunyi dalam kereta hanya bunyi aircond saja yang jadi penghibur, kadang-kadang bunyi enjin saja.
“tuan kata tak ada kawan..tu Mila tu… ??” soalan ku memecah kebisuan kami. Aku tidak tersentuh hati sekiranya dia tidak menjawab. Aku sudah masak dengan perangainya.
“dia bukan kawan saya…..” kata Taufiq selamba, hampir ternganga aku.
“tapi….dia….” belum habis cakap dia sudah memotong.
“cukup lah….jangan cakap tentang dia lagi……” Tuan Taufiq membuat keputusan. Aku terus mengunci mulut. Ada apa-apakah antara mereka.??tapi…mustahil… Mila yang cantik ramah dan hebat itu boleh jatuh hati dengan Tuan aku. Atau ini andaian aku saja. Malaslah aku mahu ambil tahu hal peribadi orang. Aku terus diam dan membisu tapi otak ku masih ligat berfikir. Jauh sekali melayang.
“kan saya dah cakap…awak seorang saja kawan saya……” tiba-tiba dia bersuara. Aku memandangnya. Kenapa dengan tuan ni. Aku diam. Malas mahu melayan. Tak faham.
“maaf…saya bukan kawan tuan…saya ni…orang gaji tuan…tuan…Status kita berbeza sekali…..” aku cuba memancing reaksinya. Ternyata dia diam saja. Tak apalah..
Jam 10.30 malam kami sampai kerumah. Ada sebuah kereta asing. BMW berwarna putih. Entah aku tidak tahu apa namanya. Kelihatan Taufiq seperti teragak-agak mahu masuk. Ada apa ya??
Aku terus melangkah masuk. Mataku terpaku pada satu susuk tubuh di ruang tamu.
“ha..tu…dah pulang pun…..” kata Datin dan Dato’ serentak sambil melihat ku. Satu pandangan mata yang aku kenal. Wajahnya segar dalam ingatanku. Tak kan sekali aku lupa.
Ternyata gadis itu tersentak memandangku. Dia berdiri mendadak.
“awak…… ni…” belum sempat dia mengeluarkan kata-kata aku terus pergi.
“Dato’ ,Datin/….minta diri dulu, biar saya buat minuman….” Aku terus menuju ke dapur. Dada ku berkocak hebat. Amarah ku datang menyerang.
Aku rasa mahu tumbuk wajah itu. Argh…geramnya. Dialah gadis yang datang ke rumah ku tempoh hari untuk mengugut ibu supaya jualkan tanah untuk projek peranginannya itu. Aku tidak ingat namanya apa. Tapi dia pernah menyerahkan kad perniagaan nya.
Aku tidak boleh melayan perasaan. Aku harus melupakannya. Aku segera buatkan air sejuk untuk di hidangkan untuk mereka. Apa pun aku tidak tahu apa kaitan perempuan itu dengan keluarga ini. Sama ada adik beradik atau tetamu semata. Ataupun mereka sekongkol dalam projek itu. Dan sama-sam a bekerja untuk mendapatkan tanah milik arwah ayah.
Kali ini aku mengalah. Kami saling buat-buat tidak kenal antara satu sama lain. Aku tak kiralah siapa wanita itu. Yang penting dia sedang berusaha menggunakan tanah arwah ayah dan dia kenal dengan abang long dan kak ngah.
Aku kaget. Sewaktu aku membelek buku diari ku. Ada sehelai cebisan kertas jatuh. Dan Alhamdulillah ianya nombor rumah Mak Jah. Segera aku berlari keluar dan mendapat kan telefon awam dan menekan punat-punat.
“Assalamualaikum…Mak Jah ye??Ini Ana ni..Ana Husna…Mak Jah sihat?? Macam mana keadaan Athirah dan Akeem. Mereka baik-baik sahaja kan?? …..”dengan teruja aku bercakap.
Hancur hati aku apabila peristiwa yang di ceritakan oleh mak Jah siang tadi. Tak sangka memang benar firasat hatiku. Ada yang tidak kena dengan sesuatu. Ya Allah.. apakah salahku mendidik. Masih terngian-ngian lagi suara Mak Jah yang sebak memberi tahu.
“Ana…kau kemana..kenapa masih belum pula…..Tira….dia terjebak dalam kancah dadah…dia jual pil…maaf Ana….MaK Jah pun tak tahu dari mana dia dapat pil itu..Mak Jah sedih kerana ada orang sanggup gunakan budak kecil untuk kegiatan haram itu. Kasihan Athirah,, dia tidak tahu apa-apa pun. . . “
Aku kaget. Diam tak terkata.
“se…sekarang dia..macam mana Mak Jah??” soalku . sebak.. sedih.. pilu mendengar itu.
“Alhamdulillah..Ana..ada doctor selamatkannya. Sekarang dia tinggal dengan doctor itu.. dan doctor itu ikhlas merawatnya….Mak Jah Yakin Athirah akan sembuh…”
“Akeem..??macam mana dengan Akeem Mak Jah??” soalku lagi. Kali ini tangisan Mak Jah kedengaran pula.
“Akeem..dah tak sekolah..dia kerja…Mak Jah kasihan….dia tak nak sekolah..katanya mahu cari duit dan ingin mencari kamu di kuala Lumpur sana..Dia kerja di bengkel kereta di kampung sebelah…Ya ALLAH…Mak Jah tak tahu nak cakap apa-apa….tapi..pulanglah Ana..lawatlah mereka….” Tangisan aku makin lebat.
Ya ALLAH…aku kakak yang tidak bertanggungjawap. Selamat kan lah adik-adik kuYa Allah….jangan lah engkau uji mereka yang masih kecil lagi.
“ehem…”mendengar satu deheman. Lamunan ku serta merta mati. Tuan Taufiq??apa dia nak??
“erk..Tuan??” serta merta aku kesat air mata. Aku terpana apabila Taufiq menghulurkan sehelai sapu tangan. Agaknya dah lamakah dia lihat aku menangis.
Dia duduk dihadapan ku.
“tuan tak tidur lagi ke??” soalku. Sambil mengelap air mata dengan sapu tangan itu. Wangi. Baru perfume yang selalu tuan taufiq guna. Dia hanya memangku sahaja.
“kenapa awak menangis?” soalnya. Aku senyum.
“biasalah Tuan…..perempuan ni..emosional sikit…”
“apa yang buat awak emo??” soalnya. Sudah..aku nak jawap apa.
“tak ada…saya rindukan adik-adik saya di kampung…..apa khabar mereka agaknya…??” kataku.
bersambung....!!
No comments:
Post a Comment