Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, February 18, 2010

Novel: Tirai Tuhanku ep 10





*****

Athirah pandang sekeliling. Apabila ‘line clear’ dia turun tangga. Perlahan-lahan. Jiwa kanak-kanaknya meronta ingin keluar dari penjara ini.

Laju saja langkahnya.

“Athirah…” panggil satu suara. Athirah mengeluh. Aduhh…macam mana lah ni/. Boleh terkantoi.

“erk..pakcik…” katanya sambil memusing belakang, mengadap doctor Adam. Adam senyum.

“nak ke mana sayang??”

“tira nak keluar…main dengan kawan-kawan …bosan lah macam ni…” rintihnya. Adam simpati. Bukan apa. Dia perlu melindungi Athirah, Athirah tidak pulih sepenuhnya, lagipula. Dia mudah terpengaruh.

“baiklah…..nanti..Pak cik bawak kan kawan kat sini yea……buat masa ni..Tira sabar dulu…nanti pakcik usaha kan…” katanya/. Athirah tersenyum,.

“thanks Pakcik…”
Adam sedih. Sebak rasanya melihat anak itu bermain dengan ikan di kolam rumahnya. Bukan sengaja dia mahu kurung anak itu. Tapi demi keselamatanya juga. Dia akan tunggu sehingga Ana Husna yang mengambil dari tangannya sendiri. Ya. Itulah jalan penyelesaian yang terbaik.

Dia yakin. Ana Husna di Kuala Lumpur, tidak hidup dengan senang. Bahkan ingin mencari tempat tinggal juga dimana. Hah…keluarga ini benar-benar malang.

Semoga tuhan berikan mereka kebahagiaan yang hakiki kelak.

***
“Abang….oOoO…abang….!!” teriak gadis kecil itu.

Nizam yang sedang membaiki bahagian bawah kereta mengesot sedikit melihat empunya suara.

“apa kau nak ni…tak ada kelas ke??” soalnya.

“ada,,.tapi petang…abang..ni tayar basikal Shila Pancit……boleh tak baiki…” pintanya.

“kau pergi kat belakang sana ….suruh Akeem yang buatkan…..” katanya. Shila hairan.

“Akeem mana pulak ni bang…..kan abang seorang saja pekerja….” Jawapnya.

“ada..aku baru saja ambil pekerja…kau pergilah sana……aku sibuk ni..tak ada masa nak layan kau…” katanya. Shila mendengus. Nizam selalu begitu dengannya. Namun hati Nizam baik sebenarnya.

Dia menuntun basikal kebahagian belakang yang di maksudkan oleh Nizam.

Dia meninjau. Mana pekerja yang bernama Akeem yang di maksudkan.??

“hmm…nak apa??” Soal Akeem dari belakang. Shila tersentak lalu memandangnya. Dia gumam sebentar. Lama. Tidak berkelip.

“hello..miss..ada apa-apa masalah ke??” soalnya. Shila sengih.

“oh,.,.ada…ada…basikal saya..tayarnya pancit…” katanya. Basikal kini bertukar tangan.

Shila hanya perhatikan gerak geri Akeem. Laju dan berpengalaman. Sekejap saja dia keluar kan tayar.

“cik…ini…tayar bocor lah…bawa duit tak??” soal Akeem. Shila meraba poketnya. Aduhh tidak lagi.

“erk..tak..tapi..semua bayaran…abang Nizam tolong bayarkan……” katanya. Akeem memandang hairan. Shila hanya senyum . apa yang di senyumnya juga tidak pasti.

“tayar ni kena ganti yang baru…..” katanya. Shila mengangguk.
Beberapa kemudian, basikalnya siap. Mudah saja. Bagi Akeem ia tidak susah sama sekali.

“dah siap…”

“erk..Thanks…..by the way…saya Shila…..” katanya sambil menghulurkan tangan.

Akeem senyum sinis,.

“tak belajar agama ke…?? Haram sentuh laki dan perempuan bukan muhrim….saya AKeemm../” katanya sinis. Lalu masuk ke dalam bengkel.
Shila tergamam, perlahan ditarik tangannya. Tidak pernah dia dimalukan begitu.

“hai..mengelamun apa??” soal Irma. Shila mendengus.

“kau ni tak reti bagi salam ke??” soalnya. Irma sengih.

“aik..sejak bila kau jadi warak ni….aduuii..” kata Irma lagi. Shila menjelingnya.

“alah…kita orang islam……pepandai la..” katanya. Irma semakin aneh. Kawan nya ini. Gadis paling popular di sekolah. Ohh… tidak mungkin jadi begini.

“oookk..baik ustazah…kau ni..apa hall…sihat tak?? Kejap lagi ada kelas tarian/..”katanya

Kedengaran Shila mengeluh kecil.

“kau tahu….tadi..aku ke bengkel abang Nizam…..”

“dah tu…kan memang kau selalu pergi sana…”

“ye lah,..kali ni…dah dua minggu aku tak pergi….kau tahu ada pekerja baru….”

Irma senyum, dia tahu apa yang bermain dalam minda kawannya.

“ha,…mesti handsome kan/..lepas tu..kau jatuh hati..hellooo..si Shahrill si headprefect tu kau nak tinggal kat mana…..” katanya. Shila menepuk tangan IrMA.

“isy,.,,.bukan macam tu lah,….handsome..tu adalah sikit…..Cuma dia baik…”

“lebih baik dari Shahrill…??” duga Irma.

“eh..kau ni pehal??asyik2 dengan si Shahrill kerek tu. Aku dengan dia tak de
mende lah..siap musuh lagi tahu…..jangan pandai2 nak panas kan hati aku….” Marahnya.

“wow..beb…rileks..just kidding…so..apa yang baik sangat dengan budak bengkel
tu??” soal Irma ingin tahu.

Setahunya. Shila tidak pernah puji mana- mana lelaki. Kerana prinsip Shila..lelaki hanya destruction saja.

“dia..baik..kau faham tak…masa aku hulur tangan nak salam dengan dia…dia cakap…..tak belajar agama ke?haram sentuh lelaki dan perempuan bukan muhrim,,…” katanya sambil mengajuk kembali kata-kata Akeem. Bulat mata Irma.

“wow..orang kampung mana tu??” soal Irma sambil tergelak kecil.

“ea…kau jaga mulut ye…tak kan lah asal kuat agama saja di kira kampung…habis tu..kita yang duduk Bandar ni?? Jahil??bodoh..atau bukan islam???”
soal Shila sinis. Ya..sinis dengan dirinya.. dan diri orang lain.Irma diam. Benar juga.

“ehh..dah lah….kelas dah nak start ni jom….” Kata Irma . Shila mengangguk dan tersenyum.


**********


“yang tadi tu…adik sepupu aku….. duduk kat kawasan perumahan sana…”kata Nizam. Sambil menyerahkan sebungkus nasi dan air sirap. Akeem menyambut.

“Oh….”

“dia…sama baya dengan kau..Keem…” kata Nizam. Akeem sekadar mengangguk. Dan menyuap nasi kemulut. Seolah-olah tidak berminat.

“kau ni Keem..tak nak sekolah ke?macam remaja lain??” soalnya.

“abang/..kalau saya nak sekolah..saya tak kerja disini…”

“habis itu?”

“kan dulu saya dah bagitahu…saya nak kumpul duit dan pergi Kuala Lumpur cari kakak saya…” katanya.Nizam mengangguk. Kagum sebenarnya dengan Akeem.

“aku bukan apa Keem…kasihan dengan kau..tak hidup macam remaja lain…” katanya. Akeem tersenyum. Senyum sinis .

“maksud abang…hidup macam remaja lain tu…ada awek…pergi sekolah then gaduh…laki dan permpuan..bergaul tanpa batas..macam tu??rempit sana sini…..itu Maksud abang yea??” soal Akeem lagi.

Nizam terdiam. Benar juga. Dia juga tidak tahu. Apakah ‘remaja biasa’ seperti itu. Selepas itu sunyi. Tiada lagi bunyi. Diam semata. Makan.

****
Petang itu seperti biasa aku menyiram pokok bunga yang beratur indah di perkarangan rumah majikan ku.

Dengar kata,. Yang menyusun bunga ini. Tuan Taufiq sendiri. Dia memang minat melakukan kerja sebegini. Cantik juga. Bukan sebarangan susunan.

Aku menuju ke peti surat. Mengambil beberapa surat . pasti banyaknya dato’ Hisyam punya. Bulat mata ku melihat nama yang tertera di sampul surat tersebut.

“Farid Imanuddin..” nama itu terpacul dari mulutku. Pada surat encik Hisyam???


to be continue....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3