Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, February 5, 2010

Novel: Tirai Tuhanku ep 3


Sungguh menganggumkan, hanya menggunakan pensil sependek jari kelingking dia masih boleh melukis dengan sempurna sekali. Aku kenal wajah itu, Cuma aku ingin tahu mengapa dia lukis wajah ini.??

“itu kak Ngah…dengan Abang Azlan…tadi…ibu telefon kak Ngah, kak Ngah dah lahirkan seorang anak….perempuan……” katanya. Aku kaget. Kami langsung tidak tahu. Malah kak Ngah sendiri tidak mahu aku ambil tahu kisah hidupnya, mengapa begini. Keluarga yang bercerai berai sekali. Tiada kasih dan sayang. Tapi aku Yakin. Kasih sayang Akeem dan Athirah masih boleh di selamatkan. Aku sayangkan mereka. Termasuk ibu. Walaupun ibu tidak terlalu ambil berat akan Akeem.

Akeem pandai berdikari.

Teringatkan Akeem, aku segera meninggalkan Athirah yang masih khusyuk melukis. Aku melangkah pula ke petak bilik Akeem, satu-satunya adik lelaki aku. Aku menyelak langsir biliknya. Aneh..dia tiada di dalam. Akeem.. biliknya kemas sekali.

Tidak seperti anak muda lelaki yang lain. Di dinding biliknya ada beberapa poster kereta. Kereta sport.. Ferarry…BMW…dann….


“Kak Cik…..” satu suara menyapa. Akeem tersenyum sambil memeluk tubuhnya dan bersilang tangan.

“kak Cik buat apa dalam bilik Akeem??” soalnya. Aku senyum dan duduk di birai katilnya.

“Akeem dari mana??” soalku,

“Dapur….Akeem bagi Jerry makan…..” itu nama kucing kesayangan Akeem, dalam keluarga kami, hanya dia saja yang sukakan haiwan itu. Aku sangat kagum dengan dirinya. Akeem duduk di meja study nya., lalu mengeluarkan beberapa bod litar.

“apa tu Keem??” soalku lalu menghampirinya,

“ini Engine kereta…mainan…hehe…Akeem baiki yang Boy punya….ayah dia baru belikan semalam, dah rosak…Akeem nak baiki jap…..” jawapnya lalu mengeluarkan beberapa spanar dan pemutar skru yang lain.

“pandai ke Akeem baiki??” soal ku sangsi. Dia hanya tersenyum.

“esok kak cik tengok lah….” Aku mengusap kepalanya.

“Akeem..tahun ni Akeem PMR kan…..jangan lupa study tahu…….pelajaran itu penting…” kataku. Akeem diam dan memandangku. Aku melangkah pergi.

“betul ke penting kak??” soalnya. Aku patah balik. Kenapa dengan Akeem nie?

“ye lah,,,,cikgu Akeem tak bagi tahu ke, kita kena belajar tinggi-tinggi…dan jadi lah orang Berjaya……” kataku.

“alah….kalau..belajar pandai-pandai pun……tak dapat sambung belajar….macam kak Cik lah….ibu mana beri pergi luar sana…buang masa je kak Cik sekolah selama nie….tak de hasil pun…….” Katanya. Aku kaget. Nampaknya Akeem bukan budak kecil yang boleh aku suap dengan kata-kata semangat lagi.

Dia sudah matang.

Aku lupa yang Akeem sudah besar dan mampu berfikir sendiri. Aku diam tak tahu nak cakap apa.


“erk…Akeem…..tidur awal ye…esok abang Lee..nak bawa kita pergi jalan-jalan…naik kereta baru nya……” kataku. Umpannya,, supaya lupakan topic tadi.


“tapi betul kan kak Cik ,….ibu memang tidak adil…. Kak ngah dan abang long boleh belajar tinggi-tinggi…..tapi..kak cik tersangkut……”katanya lagi.


Aku sebak.


“cukup lah Akeem/….jangan cakap pasal ni lagi….kalau ibu dengar macam mana…..??” soalku.. lalu terus meninggalkannya sendirian yang terkulat- kulat.

Aku kembali ke kamar. Tidak sangka Akeem sudah mampu berfikir sejauh itu. Dia mampu menghidu apa yang berlaku di sekelilingnya. Akeem…kak Cik harap awak tak seperti abang Long, berfikiran sempit, yang hanya mampu lihat apa yang di depan mata saja, tapi tidak fikir hikmah di sebaliknya.

“Wah…cantiknya….” Kata Athirah, dia sungguh teruja sekali. Aku juga tidak kurang tergamam. Lee senyum saja melihat gelagat Athirah dan Akeem untuk turun ke dalam sungai. Tempat apakah ini. Aku tidak pernah pun jumpa. Di kampung ini ada tempat sebagus ini??


“macam mana…kau suka tempat ni??” soalnya. Aku mengangguk,.


“Thankss Lee….aku suka…”kataku. Gila lah kalau tak suka tempat nie. Memang cun sangat.

“Lee…macam mana kau tahu tempat nie??” soalku hairan. Dia menutup matanya dan cuba menghirup udara segar. Aku juga meniru aksinya. Memang berbeza.

“tempat ni…dah lama aku nak bawa kau..tapi tak de kenderaan…basikal buruk aku tak mampu nak bawak kau…..hihi…” katanya. Aku hanya tersenyum. Kami duduk di bangku kayu yang tersedia ada. Kawasan ini tidak lah buruk, seperti ada yang menjaganya. Alam sekitar yang masih belum di terokai ia kelihatan sungguh Asli.


“Lee…nanti bila kau pergi sana…jangan lupakan aku…tau…” kataku. Sengaja memancing dirinya supaya terhibur. Kerana dari tadi aku lihat dirinya hanya muram. Dia memandangku.


“isy….Tak mungkin Ana…kau lah satu-satu nya kawan baik aku di dunia nie…..mana ada kawan lain dah.,,,” katanya. Aku tergelak kecil melihat reaksinya.

“Cuma…..aku nak bagi tahu kau Ana…….tunggu lah aku…..tunggu tau…..” katanya. Aku kaget. Wajahnya serius.

“apa kau cakap nie…tunggu untuk apa…??” soalku hairan. Dia memandang aku tepat. Aku semakin takut dengan pandangannya.

“akku…….lupakan lah….” Dia terus memalingkan wajahnya. Kelihatan Athirah sedang melukis sesuatu, barangkali dia melukis air terjun yang terbentang di hadapannya.

“Lee,,,,kau ada apa-apa nak pesan kat aku ke??” soalku. Yelah dia dah nak pergi 3 hari lagi. Mungkin dia sibuk lepas ni mengemas barangnya dan menguruskan banyak perkara lagi.
Lee memandang aku, seolah-olah ada sesuatu di hatinya, yang tak dapat dikeluarkan. Lama dia menahan. Tangannya tidak berhenti menari-nari di atas pehanya.

“Lee??” panggilku,

“erk…nothing Ana….aku rasa tak sedap hati nak tinggalkan kau….” Aku tersenyum.

“apa kau nie Lee…ni Ana la…aku boleh jaga diri sendiri laaa…..” jawapku. Lalu bangun dari kerusi.

Setelah beberapa jam di sana. Mendamaikan jiwa. Akhirnya kami pulang,. Akeem kelihatan letih, mungkin penat bermain air terjun tadi. Sangat lasak sekali. Athirah pula masih tidak lekang melukis, malas aku mahu mengambil tahu apa yang di lukisnya.
Setelah menghantar kami kerumah. Athirah kelihatan memberikan sesuatu pada Lee.

Lee membukan lipatan kertas lukisan itu. Lee tersenyum kemudian dia menghadiahkan satu ciuman di pipi milik Athirah. Aku semakin hairan. Selepas itu Athirah berlari naik ke rumah.


“Apa tu??” soalku pada Lee..

“tak de pe…biasalah budak- budak…” katanya. Aku hanya mengangkat bahu.

“esok…aku tak boleh nak jumpa kau dah….mybe this is last time…..” katanya. Aku faham.

“that’s Ok Lee….You Should go for it…and just for while forget about me…not forever Ok…” kataku. Lee tertawa kecil.
Aku menghantar Lee sehingga hilang dari pandangan. Aku melangkah masuk kerumah. Aku kaget. Melihat Athirah menangis di lantai.

“Apa kau buat pada adik kau…kau ni pun satu.. tak guna….!!!” Kata ibu lalu menarik tudungku. Sehingga terbuka. Aku masih kaget.

“ibu..kenapa nie??” Ibu menolak ku sehingga jatuh ke lantai di sisi Athirah, aku memeluk Athirah. Di tangan Ibu ada satu kertas lukisan. Iitu milik Athirah.

“ini……ini kau Tanya kenapa??!!!!” soal ibu. Lalu melemparkan kertas itu ke wajahku. Aku mengambil lalu memandang Athirah yang tersedu-sedan dengan tangisannya. Aku masih tergamam..


“mulai hari ni…kau jangan melukis….kalau tak aku potong tangan kau….” Ibu mengugut Athirah. Aku terpaku. Betul ke ibu ni??seperti di rasuk. Aku cepat- cepat bawa masuk Athirah ke dalam biliknya.

Peristiwa siang benar benar memberi tamparan yang sangat kuat buat Athirah, dia tidak henti menangis. Puas aku menenangkannya, namun itulah perasaan seorang gadis kecil yang baru sahaja ingin mengenal dunia.


“kak Cik..kenapa ibu kejam sangat??” soalnya. Aku diam, hanya mengusap ubun-ubunnya. Apa aku mahu jawap. Tindakan ibu sememangnya kejam tadi.

“Tira…tu kan ibu Tira…….dialah satu-satunya ibu yang kita ada…baik buruknya kita kena terima….nanti…kalau ibu dah tak da…..siapa lagi ibu kita??” soalku. Dia seakan mengangguk dan mengerti.

“kak cik…pertandingan tu macam mana……Tira tak boleh pergi ke??” soalnya. Itu rupanya yang bermain dalam mindanya. Aku mengangguk.

“tira tetap boleh pergi…kan kak cik janji nak bawa……”

Lama Lee memandang lukisan itu. Lukisan yang di berikan oleh Athirah siang tadi. Gambarnya sedang menatap lama Ana, manakala Ana pula hanya memandang air terjun dari arah bertentangan. Kemudian dia meletakkan lukisan ke dadanya.

“Ana……” nama itu disebutnya. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk perlahan.

“Lee??” panggil ibunya. Lee segera menyimpan lukisan di bawah bantalnya.

“mummy??” soalnya. Wanita berbangsa cina separuh abad itu tersenyum.

“Lee….kau sudah siap ke Kuala Lumpur??” soalnya. Lee tidak menjawap segera.

“Mummy….Ana tak bersama Lee….” Katanya. Wanita itu senyum faham perasaan satu-satunya anaknya.

“jangan risau Lee…..Mummy boleh jaga dia di sini…lagi pun dia seorang yang tabah……” kata wanita itu.. Fasih saja dia melontarkan bahasa melayu. Bahasa Asing baginya. Kerana jiran-jiran nya semuanya melayu. Populasi kaum cina di sana agak kurang. Jadi mereka bergaul tidak kira bangsa.

“Mummy…bukan itu yang Lee risaukan…..” katanya lalu diam. Wanita itu mengembus nafas kecil.

“Mummy tahu…. Ada jurang yang memisahkan kamu dan Ana…..Lee…cuba fikir betul2…Ana itu siapa sebenarnya…… kita kena sedar diri Lee…… kau dah besar…pandai bezakan apa yang jelas dan nyata… dengan kabus dalam pandangan…..” kata ibunya benar-benar memberi maksud yang mendalam. Jurang yang di maksudkan ialah ‘agama’ ya..dia faham maksud itu. Dia beragama Buddha, sedangkan Ana… IsLam dan Ana sangat teguh dengan pegangan agamanya. Dia tahu itu.


Memikirkan soal itu. Hatinya jadi tidak keruan. Dia sayangkan Ana, sudah lama dia menaruh harapan pada sahabatnya itu. Kerana itulah dia tidak mahu berpisah. Ahh…mata sudah kantuk, malas lagi dia mahu memikir soal itu. Hatinya semakin sakit. Kadang-kadang hatinya pernah persoalkan mengapa dia di lahirkan dalam kaum cina. Mengapa tidak melayu, mengapa tidak islam. Sudah la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3