Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, February 5, 2010

Novel : Tirai Tuhanku ep 2


“jadi…ini lah cik Ana ?? atau nama penuhnya Ana Husna binti Azman??” soalnya. Aku hanya mengangguk tanpa secalit pun senyuman.


“ada apa….??” Soalku masih tegas.


“oh….tidak ada apa-apa cik Ana….sebenarnya kami sedang berurusan dengan ibu cik Ana.. tentang penjualan tanah milik keluarga kalian ini…kami beri jaminan, kalian akan ada tempat tinggal…selain itu kami tawarakan tanah ini dengan RM165 ribu. .. macam - macam kalian boleh buat dengan duit itu selain dari kalian simpan tanah ni mati macam ni saja…..” kata salah seorang pula. Hati aku membakar mendengarnya. Aku masih ingat pesanan ayah sebelum ayah pergi menghadap illahi.


“Ana…..ayah wasiatkan tanah ini kepada kau……..abang long kau hanya mendapat sebahagian kebun ayah,,,dan kak ngah hanya mendapat kedai runcit ayah….nama kau akan di tanda pemilik tanah selepas usia kau mencecah 18 tahun,…apabila kau ingin melanjutkan pelajaran keluar sana…….janji dengan ayah bahawa kau tidak akan gunakan tanah itu seperti abang long kau lakukan….” Itu pesanan ayah, masih segar di ingatan.


“minta maaf…dengan sopan saya minta anda semua keluar dari rumah saya…sekarang juga sebelum saya panggil polis….” Kataku masih tegas, dan kini aku semakin tegas. Wajah mereka agak kaget, mereka saling memandang antara satu sama lain.


“bawa bertenang cik ana……saya Yakin perkara seperti ini boleh di bawa berbincang……” kata gadis itu pula. Aku tersenyum sinis.


“anda semua….pandai bahasa melayu atau tidak……pandai mendengar arahan atau tidak??” soalku masih tenang, aku tidak mudah bertindak melulu walaupun darahku masih muda. Aku masih pandai mengawal diriku.


Tangisan ibu semakin reda apabila mereka keluar dari rumah. Kemudian wanita itu berpaling dan menghampiri aku.


“ana..ambil ini….sekiranya.Ana perlukan pertolongan hubungi saya…..” katanya sambil meletakkan kad bisnesnya di tapak tanganku. Aku hanya tersenyum “terima kasih…” aku membalas. Dia tersenyum. Tania Busyra Farid Imanuddin. Akhirnya mereka pulang dengan perasaan yang sangat hampa. Aku yakin mereka tidak akan berputus asa. Kerana projek yang mereka jalankan mengeluarkan jumlah berjuta-juta. Membuka satu kawasan peranginan bukan mudah . satu pelaburan yang sangat tinggi.





“Kak Cik…..”panggil satu suara, aku yakin itu pasti Athirah. Adik ku yang berumur 13 tahun. Langsir bilikku di peluknya. Aku tersenyum.


“ada apa Thira…??” soalku sambil menarik tangannya dan perbetul kembali langsir bilikku. Maklumlah bilik yang tidak punya pintu. Dia melabuhkan punggung di birai katil ku. Wajahnya agak sugul, apa agaknya bermain dalam fikirannya.


“Thira nak bagi tahu apa-apa pada kak Cik??” soalku. Dia memandangku, matanya berkaca. Aku mula tidak sedap hati, kalau ada pun masalah di sekolah, ini sudah bulan Mac apa dia masih punya masalah.


“kak Cik…erk…Boleh tak…Thira nak masuk pertandingan melukis..?? pertandingan tu….siapa menang dapat RM300……” ceritanya bersungguh-sungguh sambil menunjukan tiga jari montelnya. Aku senyum.


“kenapa pula tidak boleh??” soalku. Tiba-tiba dia kembali muram. Aku seperti dapat hidu sesuatu.


“ibu tak bagi…..ibu cakap….Thira tak boleh menonjol….Thira tak faham lah kak Cik….” Katanya. Aku dah agak. Ibu…aku tidak mengerti apa kemahuan ibu sebenarnya. Aku dapat satu idea.


Aku memegang tangannya. Jari seni itu. Tidak boleh di sia-siakan. Bakat yang Allah kurniakan adalah untuk di asah untuk manfaat manusia.


“tangan ini…..anugerah Allah…..tangan yang pernah Ayah puji……nanti kak cik temankan Thira ke pertandingan tu…..” kataku. Athirah tersenyum lebar.


“betul ke Kak Cik…Terima kasih…tapi……” wajahnya kembali muram.


“ada apa lagi…..??”


“kalau nak masuk…kena bayar RM20 sebagai pendaftaran………sebab kalau kalah pun dapat sagu hati…” katanya, aku tersenyum lagi.


“Thira nak kalah ke??” soalku. Dia menggeleng, aku puji semangatnya.


“dah…pergi bersiap sedia……” kataku, dia berlari anak menuju kebiliknya. Aku mengeluh kecil. Aku membuka laci almari buruk ku. Ada sampul surat. Duit yang sekolah bagi atas kejayaan ku dalam SPM, aku cemerlang. Tapi hanya RM500, tidak cukup untuk ku sara hidup keluarga. Aku keluarkan not 50, aku buka pula laci nombor dua. Ada sekeping kertas lukisan kosong. Aneh, bagaimana ada disini?? Aku menyentuhnya, dan ku lihat di belakangnya ada wajah ayah. Lukisan yang di lukis oleh Athirah, mengguna kan pensil nya yang pendek, sebab itu lah lukisannnya agak comot kerana pensil itu terlalu pendek dan menyukarkannya untuk melukis. Tapi comot itu melengkapkan wajah ayah yang mempunyai kedutan tuanya. Ayah…seorang ayah yang paling berdedikasi antara bapa orang lain.



“Ana…..Ana…” teriak Ayah, aku yang sedang menyiapkan kerja kursus untuk PMR,terkocoh-kocoh mendapatkan ayah. Aku melihat ayah sedang memegang plastic putih. Ayah tersengih.


“ada apa ayah??” soalku. Seperti biasa aku meletakkan pensil pendek sepanjang jari kelingking di cuping telinga ku. Ayah tersenyum.


“berapa hari lagi Ana nak trial PMR??” soal Ayah. Aku ligat berfikir mengingati tarikh keramat itu.


“20 ogos Ayah/….” Jawapku. Sekarang baru 1 ogos. Ayah menghulurkan bungkusan plastic itu,.


“apa ni ayah??” soalku, aku terus membelek-belek barang dalam plastic itu. Aku kaget lalu memandang ayah.


“ini semua untuk Ana??” soalku. Ayah mengangguk, aku terus mendakap ayah. Sayangnya ayah. Ayah sangat faham keadaan aku. Ayah belikan aku satu set alat tulis, pen, pensil pemadan liquid paper,kertas kajang, dan macam-macam lagi. Aku akan gunakan benar-benar.


Tanpa aku sedar,, ada yang memerhati. Aku tahu. Kak ngah masih cemburukan aku. Tapi baru minggu lepas kak Ngah dapat alat tulis dari ibu. Sama saja tiada bezanya.



Sedang aku menyiapkan kerja kursus yang masih berbaki. Kak ngah menapak ke petak bilik ku.aku tidak perasan. Tapi.. dia terus menyambar plastic yang ayah beri . aku letak di atas katil.


“kak Ngah….!!” Teriak ku.


“mana aci kau je yang dapat…….mentang-mentang anak emas ayah….kan///??” soalnya sambil mengenggam plastic itu.


“pulang balik…..kak ngah dapat dari ibu minggu lepas….adil lah….!!!” Kataku. Aku jadi sebak. Itu pemberian ayah. Pasti ayah bersusah payah ingin membelinya.


“jangan harap…itu dari ibu….ni…aku nak dari ayah……..” katanya lalu berlari keluar, masuk ke biliknya, kemudian di kunci. Aku mengetuk pintu sekuat hati. Dengan lebatnya tangisan ku. Pedihnya hati ini. Kenapa harus aku di perlakukan begini, ada kakak yang tidak mengerti perasaan kasih sayang, ada saja yang tidak puas hati dengan apa yang aku ada. Sedangkan aku tidak sebertuah dia.


Dia mempunyai rupa paras yang cantik, mempunyai akal yang cerdik, serta mempunyi teman lelaki yang kaya….apa tidak cukup lgi dengan apa yang dia ada. Dia juga anak kesayangan ibu, ibu lebih menye belahinya dari aku. Aku sedar aku ini hanya anak tak guna. Aku hanya mampu belajar saja. Aku tak berhak mempunyai kawan. Aku faham. Kerana itu yang kak ngah cakap. Itu nasibku katanya. Tapi salahkah aku dapat pemberian dari ayah, satu-satunya hadiah dari ayah, mungkin hadiah terakhir dari ayah.


Lamunanku mati apabila aku mendengar satu suara memberi salam. Aku kenal suara itu. Aku segera berlari anak dan mencapai tudungku. Rindunya aku , seingat aku kali terakhir aku berjumpa dengannya ketika kami sama- sama mengambil anugerah keputusan SPM terbaik.


“siapa tu Ana??” soal ibu dari dapur, tak sempat aku menolong ibu masak makan tengahari.


“ibu Chan Lee Sin datang…Ana nak jumpa kejap…..” balas ku.


“ye…jemput lah dia makan tengahari sama-sama……” balas ibu pula. Aku terus turun. Aku kaget melihatnya.


Penampilannya jauh berbeza. Dulu Lee hanya memakai t-shirt kumal, tapi kini. Ahh…tidak mahu aku katakana, tapi dia sungguh segak bergaya, seperti orang kaya. Aku hanya membalas senyumannya,



“kamu..tidak dapat tawaran Oxfor d ke Ana??” soal Lee. Aku senyum memandangnya. Dan tunduk. Aku malu dengan kau Lee. Kau Cina…memang pandai.


“aaku..tak dapat Lee…..” kataku. Aku tersentak bila Lee menumbuk meja kayu di bawah pohon rambutan milik ayahku ini. Aku tahu Lee sangat kecewa.


“macam mana boleh jadi macam nie….aku ingat kita akan sambung sama- sama…..”katanya. ada nada kecewa. Lee…seandainya kau tahu aku teringin sangat nak belajar lagi dengan kau.


“habis tu..dalam Malaysia kau dapat tak??” soal Lee, Lee fasih berbahasa melayu, kalau tidak kerana wajahnya seperti Cina, pasti sudah di ingatkkan melayu, kerana percakapannya.


“ada,,,,aku dapat UIA…kedoktoran….” Lee tersenyum manis.


“ha…kalau macam tu..bulan Jun nanti aku hantar kau ke sana…..itu…nampak tak??” soal Lee, sambil menunjukkan sebuah kereta Gen-2 berwarna ungu cerah. Aku terpana.


“I,,,itu…kau…punya…??” soalku tidak percaya.. dia mengangguk.


“ya….pak cik aku dari China belikan…. Ini hadiah untuk kecemerlangan SPM katanya….ada juga hadiah dari mak cik aku sempena aku dapat lanjutkan pelajaran ke UK….” Katanya. Aku tersenyum hambar. Tu kan…betul apa yang aku katakan Lee lebih bertuah dari aku.


“tak payah la Lee…..aku tak kan pergi….” Jawabku sayu. Ternyata dia kaget.


“aaapa..kau cakap Ana??” soalnya tinggi. Aku tahu dia tidak boleh terima.


“kenapa ana??”


“ibu aku tak benarkan…..” Lee Diam. Nafasnya turun naik menahan marah.


“Lee..kau kena faham kedudukan aku….ayah aku dah tak ada…aku bukan anak orang kaya…..aku ada adik yang masih bersekolah…aku yang kena sara……” kataku. Lee masih tertunduk.


“kau janji dengan aku belajar lah bersungguh-sungguh….jangan hancurkan harapan ‘kita’ “ kataku. Lee membuang pandangan ke sawah.


“Ana,,,,kau pasti ini keputusan kau…kau tak menyesal..??” soalnya. Aku hanya menangis dalam hati. Ya Lee…aku sangat kecewa…sangat sesal…..ahhh…


“erk…selepas ini kau kemana…??” soalku.


“ minggu depan aku ke Kuala Lumpur, ambil university persediaan keluar Negara….” Katanya dengan nada sayu. Aku tersenyum’


“apa lah kau ni Lee…masam-masam pula…tak handsome la…tadi baru je aku teringat Lee Min Ho datang jumpa aku.,,,,” kataku. Dia tersenyum.


“erk…Ana…aku nak bawa kau ke satu tempat…boleh kan??” soalnya.


“kat mana?” soalku.


“ada lah..ikut je boleh??” pintanya,


“erm..sekarang tak boleh lah…esok nak…esok kan cuti..boleh bawa Athirah dan Akeem sekali..” kataku. Dia senyum makin lebar.


“ha..betul juga tu ….. tempat tu sesuai juga untuk mereka……eh,..nanti..bau apa nie???” soalnya pula. Aku pula cuba hidu apa yang di hidunya. Aku senyum nakal.


“ooo….nak makan free la tuh..jom…tadi ibu aku suruh ajak kau makan tengahari..jom lah….” Lee tersengih malu. Aku tertawan melihat gelagatnya. Wajahnya pasti kemerahan apabila malu.


Memang dia selalu memuji masakan ibu. Dia memang gemar makan asam pedas ibu. Katanya itu lah satu-satu nya makanan kegemarannya, hanya boleh dapat di rumah aku. Kebetulan pula. Ibu masak asam pedas hari ini. Memang rezeki kau lah Lee.





Malam itu, aku menyelak langsir bilik Athirah, dia mengambil bilik kak Ngah. Dan Akeem mengambil bilik Abang Long. Dari jauh aku melihat Athirah begitu tekun melakar sesuatu di kertas putih. Entah apa yang dia lukis aku tidak pasti. Yang aku tahu, minggu depan, dia akan bertanding,. Dan aku yakin.. dia pasti akan menang. Aku melangkah menghampirinya. Aku terpana dengan lukisannya.

“Tira…Tira lukis apa nie??” soalku hairan, gambar tiga orang, seorang perempuan, dan lelaki serta kereta tolak dan ada bayi di dalam nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3