“ini milik kau…..asalkan kau habis jual…jumpa di sini tau…” kata lelaki itu lalu terus menghilang menaiki motosikal sambil ketawa puas.
Athirah masih bingung. Alah jual pil hilang stress saja. Bukan jual dadah ataupun arak. Atau pun benda haram.
Athirah pulang dengan kasut baru. Baru semalam dia pergi ke pekan sendirian dan membeli kasut sekolah baru. Sejak dari sekolah rendah dia menggunakan kasut tersebut sehingga lunyai jadinya. Kini dia puas dapat membeli. Dia juga riang kerana ada ramai pelajar yang ingin membeli pilnya.
Bukan seorang dua. Tetapi dalam berpuluh. Mereka beli sebiji pil RM 50, Dan terus menelannya. Setiap hari ada saja yang minta.
Akeem memerhati keriangan Adiknya yang sedang senyum-senyum saja.
“Tira…mana dapat duit beli kasut..??” soal Akeem. Athirah cemas. Tidak mahu menjawap.
“ada lah…”
“kau mencuri ke??”
“ mana ada…!!” bantahnya. Tetapi Akeem masih ingin tahu.
Dalam masa sebulan dalam 50 biji pil Berjaya di jual. Kini Athirah tunggu di tempat yan g di janjikan ternyata lelaki itu sudah menunggunya.
“haha…bagus adik comel….mana duitnya…” Athirah mengeluarkan not 2500 dalam sampul surat berwarna coklat. Lelaki itu puas.
“kau tak nak cuba ke pil nie??” seraya Athirah menggeleng. Lelaki itu ketawa kuat lagi.
“baiklah..aku bagi kau stok lagi…tapi kali ni hanya 20 biji pil saja,…nak ni ganjaran kau lagi..” kata lelaki itu. Kini RM500 lagi menjadi milik Athirah. Athirah semakin berminat dengan permainan itu.
“kenapa sikit saja kali ni bang….??” Soal Athirah. Lelaki itu ketawa lagi.
“tak apa…minggu depan aku hantar lagi… sikit-sikit lah…” katanya lagi. Athirah tersenyum senang. Tidak sangka hanya kerja menjual pil dia boleh kaya dalam masa yang singkat sekali. Apakan daya budak berusia 13 tahun , masih mentah dan tidak tu apa-apa tentang dunia luar.
Dari jauh Akeem memerhati Athirah yang keriangan. Dia selalu berasa curiga dengan adiknya. Malah dia tidak sedap hati dari dulu lagi. Sebulan dahulu. Apa yang cuba Athirah lakukan dia tidak tahu. Dia tekad untuk menyiasat keadaan Athirah.
Keesokannya Akeem menigkut kemana saja Athirah pergi . Akhirnya dia tahu apakah puncanya. Rupa-rupa Athirah turut telan. Salah satu dari pada Pil itu. Akeem kaget. Adakah dia salah mengabaikan adiknya sebelum ini??
“tira…!! “ teriaknya kuat. Athirah yang sedang berurus niaga kaget.
Macam mana agaknya keadaan adik aku di kampung. Aku perlu cari jalan untuk lepaskan diri walaupun sebentar dari keluarga ini. Aku hairan benar dengan orang kaya ni, karenah mereka tidak dapat di jangkau dek akal yang waras. Aku minta cuti dua hari katanya tidak boleh . macam macam alasan yang aku terima, sepatutnya aku yang perlu memberi alasan yang bermacam-macam.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, masa untuk aku sediakan makan malam keluarga Encik Hisyam dalam jam pukul 8 malam. Nak masak apa ya malam ni?? Sekali sekala masak lah pula masakan lain. Aku nak masak ayam pedas , tomyam, dan sayur kacang panjang.
Tidak susah sangat.
“oo..mak kau tomyam….” Aku mengurut dada lagi. Taufiq ada betul-betul di belakang ku. Hisy…dia ni, macam biskut kejap ada kejap tak ada, kalau muncul pula tiba-tiba macam ni. Kalaulah macam ni hari-hari daripada tiada sakit jantung akhirnya akan muncul juga penyakit tuh, nauzubillah.
Dia masih kaku di hadapanku.
“tuan…ada apa tuan??” soalku sambil mengeluarkan ayam dari peti sejuk.
Pasti ada se suatu yang dia mahu cakapkan. Dia merenung aku di sebalik kaca mata berbinkai tebal itu. Selama aku kenal dia tak pernah bercakap baik-baik denganya.
“boleh tak awak teman saya….??” Pintanya. Aku memandangnya hairan.
“kemana tuan?” soalku pula.
“malam ni, university ada malam kebudayaan….” Katanya. Aku tergamam. Hampir saja lalat ingin memasuki mulutku kerana terlopong. Kemudian aku tergelak kecil.
“kenapa pula tuan ajak saya…kawan-kawan tuankan ada??” soalku. Menghairankan ini. Sudah lah aku ini hanya orang gaji saja.
“saya tak ada kawan….” Katanya. Aku diam. Benar juga. Datin dan Dato pernah juga cakap tentang anak emas mereka.
“tapi…. Tuan tak kisah ke kalau tuan bawa orang gaji??” soalku. Dia cepat menggeleng.
“awak kawan saya….satu-satunya…” katanya. Aku senyum. Ye lah, sekarang aku faham lah, akhirnya aku bersetuju apabila Taufiq kata dia sudah pun memberi tahu Datin dan Dato’
Tepat jam 8.30 malam aku siapkan diri. Ringkas, aku memakai baju kurung batik yang di berikan datin dua hari lalu. Bajunya batik berwarna biru bercorak, dan kainnya berwarna biru satin kosong saja. Lalu aku memadankan dengan tudung warna putih.
Nak lawa-lawa aku ni bukan pandai bergaya. Biasa saja, aku keluar sebagai seorang pekerja dan majikan saja.
Aku keluar keruang tamu dan lihat Taufiq sudah pun bersiap. Ringkas saja dia pakai.mengenakan seluar slack putih dan kemeja biru cair.
Sesuai dengan gaya nerd nya. Aku lihat Datin menatap ku lama,
“ok…Fiq..balik awal sikit ya…jaga Ana baik-baik…” pesan Datin sewaktu kami mahu melangkah kedalam kereta. Taufiq hanya mengangguk/. Rasa malu pula bila di pesan begitu. Akhirnya kami berangkat. Di University Malaya.
Sampai di sana, aku masih kaget, ramainya manusia disini. Selesai mencari parkir kereta, kami melangkah keluar. Segan lah pula., aku biarkan Taufiq jalan dahulu dihadapan.nasib baik ramai orang, kalau tak mesti terpaksa aku kenalkan diri. Tambahan pula aku bukan student disini. Aku tidak tahu apa-apa.
“Taufiq….!!” Satu suara gadis menjerit kecil, aku kaget. Ye lah tiba-tiba saja menjerit,dan tambah kaget lagi. Tuan aku yang nerd kata tak ada kawan. Muncul lah kelibat yang memanggil. Bulat mataku memandang. Gadis itu.
“Taufiq…kau datang dengan siapa…aku….”kata-kata gadis kecil itu terhenti apabila pandangannya jatuh kepadaku.
“eh…ni kan……kau…..Ana….Ana Husna..??” hampir saja dia menjerit namaku
No comments:
Post a Comment